SHAH ALAM: UMW Toyota Motor (UMWT) meneruskan prestasi positif dalam pasaran automotif tempatan apabila merekodkan jualan melebihi 36,200 unit kenderaan bagi tempoh enam bulan pertama tahun 2026.
Momentum itu dipacu oleh prestasi kukuh pada suku kedua tahun ini dengan lebih 20,800 unit berjaya dijual, termasuk lebih 7,300 unit yang direkodkan sepanjang bulan lalu.
Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Datuk K. Ravindran, pencapaian tersebut mencerminkan kepercayaan berterusan pengguna terhadap produk dan penyelesaian mobiliti yang ditawarkan Toyota di Malaysia.
Katanya, Toyota bukan sahaja memberi tumpuan kepada pengenalan model baharu, malah turut berusaha membina ekosistem pemilikan yang lebih menyeluruh bagi memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan.
“Melalui pendekatan Multi-Pathway, kami terus menawarkan pelbagai pilihan teknologi mobiliti yang sesuai dengan keperluan pengguna, di samping memastikan pengalaman pemilikan yang lebih mudah dan meyakinkan,” katanya dalam satu kenyataan.


Sepanjang suku kedua 2026, UMW Toyota terus memperluaskan strategi Toyota Multi-Pathway Electrification dengan menawarkan pelbagai pilihan kenderaan mengikut keperluan dan tahap penerimaan pengguna terhadap teknologi elektrifikasi.
Antara model elektrik yang kini berada dalam portfolio Toyota ialah:




Selain itu, Toyota turut memperkenalkan Toyota Yaris Cross serba baharu yang ditawarkan dalam pilihan enjin pembakaran dalaman (ICE) serta hibrid elektrik (HEV).
Pendekatan ini memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna yang ingin beralih kepada mobiliti rendah karbon tanpa perlu mengorbankan aspek praktikal dalam penggunaan harian.

Selain memperkenalkan model baharu, UMW Toyota turut memberi perhatian kepada pengalaman selepas jualan menerusi program Toyota Extra Mile.
Program tersebut dibangunkan bagi memberikan nilai tambah kepada pelanggan melalui enam komponen utama iaitu:
Melalui inisiatif ini, pelanggan menikmati pelbagai manfaat termasuk ganjaran eksklusif, perlindungan kenderaan, akses servis yang lebih mudah, jaminan tambahan serta sokongan khidmat pelanggan yang lebih menyeluruh.
Menurut Ravindran, gabungan pilihan produk yang pelbagai, teknologi mobiliti masa depan dan pengalaman pemilikan yang dipertingkatkan menjadi antara faktor utama yang terus mengukuhkan keyakinan pengguna terhadap jenama Toyota.
Beliau percaya pendekatan tersebut akan terus membantu UMW Toyota mengekalkan momentum pertumbuhan serta memperkukuhkan kedudukannya dalam pasaran automotif Malaysia sepanjang tahun ini.
Sumber: Berita Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
5 Kereta Bawah RM100k Yang Paling Sedap Dibawa “Road Trip” Jauh