NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

5 Kereta Paling Jimat Minyak Sempena Jem Cuti Sekolah

5 Kereta Paling Jimat Minyak Sempena Jem Cuti Sekolah

Cuti sekolah dah bermula! Kepada para ketua keluaraga, benda paling seram bila roadtrip bawa family pusing Malaysia ni bukanlah harga tiket tempat-tempat perlancongan tu, tapi jarum minyak yang turun laju macam air terjun. Nak healing pun boleh jadi pening kepala bila asyik kena singgah stesen minyak, tak pun minyak habis dalam jem, dah sudah terkandas terus!

Kalau korang merancang nak jalan jauh tapi nak pastikan duit lebih tu boleh buat makan sedap-sedap, ini senarai 5 kereta paling kebal dan champion bab penjimatan petrol di pasaran Malaysia sekarang:

5. Perodua Axia 1.0 AV

Model hatchback yang sering dipandang sebelah mata tapi sebenarnya hero penyelamat poket rakyat Malaysia waktu hujung bulan.

  • Dipadankan dengan platform DNGA (Daihatsu New Global Architecture)

  • Transmisi D-CVT yang lebih pintar

  • Berserta fungsi Eco Idle

  • Jimat sehingga sehingga 27.4 km/liter

4. Nissan Kicks e-POWER

e-POWER bukan EV ya, jadi sangat sesuai untuk keluarga yang nak rasa kelancaran kereta elektrik (EV) 100% tapi malas nak berebut stesen pengecas waktu musim cuti sekolah.

  • Teknologi e-POWER sangat unik kerana enjin petrol hanya berfungsi sebagai “generator” untuk mengecas bateri

  • Tayar dipacu sepenuhnya oleh motor elektrik.

  • Penjimatan sehingga 21.7 km/liter

3. Toyota Corolla Cross 1.8 Hybrid

Nak ruang besar untuk isteri dan anak-anak tidur selesa masa jem teruk, tapi nak penjimatan tahap maksimum? Ini adalah jawapan anda.

  • Menggunakan Sistem Hibrid Generasi ke-4 Toyota,

  • Hanya menggunakan 23.3 km/liter.

  • Secara purata, satu tangki penuh bersaiz 36 liter mampu membawa keluarga anda memandu dari Johor Bahru terus ke Perlis tanpa henti

2. Perodua Bezza 1.0 G

Mustahil nak buat senarai kereta jimat tanpa masukkan legenda jalan raya Malaysia ni. Sesuai untuk keluarga kecil yang pentingkan utiliti dari gaya.

  • Diiktiraf Kenderaan Cekap Tenaga (EEV)

  • Penjimatan sejauh 22.8 km/liter.

  • Trunk 508 liter

1. Honda City 1.5L e:HEV RS

Ramai ingat kereta hibrid tu jenis kereta tu lambat. Honda City RS e:HEV hancurkan mitos tu sepenuhnya dengan sistem i-MMD yang sangat responsif.

  • Torque: 253 Nm

  • Tahap penggunaan petrol sekitar 27.7 km/liter

Tapi, percutian yang bijak bermula dari rumah. Memilih kereta yang tepat bukan sahaja menyelamatkan kewangan anda, malah memberikan ketenangan emosi sepanjang perjalanan.

Aisyah Rafiza

Aisyah Rafiza adalah jambatan korporat utama NAZZ&CO™ Media. Sebagai Eksekutif Perhubungan Awam (PR) & Penganalisis Strategik, beliau menguruskan hubungan klien berprofil tinggi serta unjuran strategik bagi memastikan setiap visi syarikat disampaikan dengan integriti dan kejelasan mutlak kepada pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy