NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Gearbox Bukan Boleh Abaikan: Kenapa Penjagaan Transmission Penting Untuk Kereta Moden, Hybrid Hingga EV

Gearbox Bukan Boleh Abaikan: Kenapa Penjagaan   Transmission Penting Untuk Kereta Moden, Hybrid Hingga EV

Bila bercakap tentang penjagaan kereta, ramai pemilik mungkin lebih fokus kepada minyak enjin, brake pad, tayar dan bateri.

Tetapi satu komponen yang sering terlepas pandang ialah transmission atau gearbox.

Lebih-lebih lagi apabila kereta semakin moden dan teknologi powertrain semakin kompleks, penjagaan transmission bukan lagi sekadar soal memastikan gear boleh bertukar dengan lancar.

Ia turut berkait dengan prestasi, perlindungan komponen, keselesaan pemanduan dan jangka hayat kenderaan.

Atas sebab itu, ZF Aftermarket memperkenalkan pendekatan “Maintain – Repair – Replace”, satu strategi yang merangkumi keseluruhan kitar hayat powertrain bagi membantu memastikan kenderaan terus berada di atas jalan untuk tempoh lebih lama.

Pendekatan ini membahagikan penjagaan powertrain kepada tiga peringkat utama — penyelenggaraan, pembaikan dan penggantian — bergantung kepada keadaan serta usia transmission.

Peringkat pertama ialah Maintain, iaitu penyelenggaraan pencegahan bagi membantu mengurangkan kehausan sebelum masalah lebih serius berlaku.

Antara perkara utama yang diberi perhatian ialah minyak transmission.

Menurut ZF Aftermarket, minyak transmission bukan sekadar berfungsi sebagai pelincir. Ia turut membantu menyejukkan komponen dalaman, melindungi daripada kehausan, menyokong keselesaan pemanduan dan membantu memanjangkan jangka hayat transmission.

Sebab itu ZF Aftermarket menggunakan prinsip “One transmission, one oil”, dengan minyak dirangka mengikut keperluan setiap aplikasi transmission.

ZF Aftermarket mengesyorkan penukaran minyak transmission secara berkala bagi semua jenis transmission, terutamanya apabila kenderaan digunakan dalam keadaan melibatkan suhu dan beban yang tinggi atau apabila sejarah penggunaannya tidak diketahui.

Namun, spesifikasi yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan tetap perlu menjadi rujukan utama.

Penukaran minyak transmission yang betul membantu mengekalkan karakteristik pertukaran gear yang ditetapkan pengeluar, perlindungan komponen serta tahap keselesaan pemanduan walaupun kenderaan sudah mencapai perbatuan yang lebih tinggi.

Bukan Kereta Petrol Sahaja Yang Perlukan Penjagaan Transmission

Satu perkara yang mungkin mengejutkan sesetengah pemilik kereta ialah keperluan penjagaan minyak transmission bukan terhad kepada kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman sahaja.

ZF Aftermarket turut mempunyai penyelesaian untuk kenderaan hybrid, plug-in hybrid (PHEV) dan electric vehicle (EV).

Bagi kenderaan hybrid dan PHEV, kewujudan motor elektrik yang diintegrasikan ke dalam sistem powertrain menghasilkan keperluan tertentu seperti pembinaan tork yang pantas, penebatan elektrik serta keserasian dengan komponen motor elektrik.

Dalam erti kata lain, teknologi powertrain mungkin berubah, tetapi keperluan untuk memastikan komponen tertentu beroperasi dalam keadaan optimum masih kekal penting.

Malah, bagi kenderaan elektrik sepenuhnya, sistem e-axle mempunyai reduction gearbox yang turut berdepan beban tinggi hasil tork motor elektrik serta kelajuan putaran yang tinggi.

Untuk sesetengah aplikasi e-axle, minyak juga memainkan peranan dalam membantu proses penyejukan motor.

Ini menjadikan pemilihan dan penjagaan minyak yang sesuai penting untuk prestasi jangka panjang serta perlindungan komponen.

ZF LifeguardFLUID Bukan Hanya Untuk Transmission ZF

Satu lagi perkara penting dalam pendekatan ZF Aftermarket ialah rangkaian penyelesaiannya tidak hanya terhad kepada transmission keluaran ZF Aftermarket.

ZF LifeguardFluid menawarkan minyak serta model-specific oil change kits yang merangkumi transmission seperti ZF 8HP, selain transmission daripada pengeluar lain.

Antaranya termasuk Mercedes-Benz 7G-TRONIC dan 9G-TRONIC, Volkswagen Group DQ dan DL dual-clutch transmissions, serta Aisin AL/AQ/AW torque-converter automatic transmissions.

Ini memberikan bengkel bebas lebih banyak pilihan untuk menyediakan penyelesaian penyelenggaraan mengikut aplikasi kenderaan yang berbeza.

8HP Gen4: Generasi Baharu, Aplikasi Lebih Luas

Satu lagi perkara penting dalam pendekatan ZF Aftermarket ialah rangkaian penyelesaiannya tidak hanya terhad kepada transmission keluaran ZF Aftermarket.

ZF Lifeguard menawarkan minyak serta model-specific oil change kits yang merangkumi transmission seperti ZF 8HP, selain transmission daripada pengeluar lain.

Antaranya termasuk Mercedes-Benz 7G-TRONIC dan 9G-TRONIC, Volkswagen Group DQ dan DL dual-clutch transmissions, serta Aisin AL/AQ/AW torque-converter automatic transmissions.

Ini memberikan bengkel bebas lebih banyak pilihan untuk menyediakan penyelesaian penyelenggaraan mengikut aplikasi kenderaan yang berbeza.

Repair: Bila Maintenance Sudah Tidak Mencukupi 

Bagaimanapun, tidak semua masalah boleh diselesaikan dengan penyelenggaraan berkala. Di sinilah peringkat kedua, Repair, memainkan peranan. ZF Aftermarket menyediakan repair kits yang disesuaikan untuk pelbagai situasi pembaikan dan aplikasi kenderaan, daripada transmission konvensional sehingga kepada e-axle untuk kenderaan elektrik.

Konsepnya mudah, apabila sesuatu komponen masih boleh dibaiki, pembaikan yang bersesuaian boleh dilakukan untuk mengembalikan fungsi sistem tanpa perlu terus menggantikan keseluruhan unit.

Replace: Bila Transmission Sudah Tidak Boleh Dibaiki

Namun, bagaimana pula jika transmission sudah terlalu rosak dan tidak lagi sesuai untuk dibaiki? Itulah peringkat ketiga, iaitu Replace. Untuk situasi apabila transmission sudah berada di luar kemampuan pembaikan, ZF Aftermarket menawarkan transmission gantian yang telah melalui proses remanufacturing profesional menerusi ZF REMAN.

Penyelesaian ini menawarkan pendekatan yang berasaskan kualiti OE dengan potensi menjadi pilihan yang lebih kos efektif serta menyokong usaha kelestarian berbanding sekadar menganggap transmission yang rosak sebagai unit yang perlu dibuang.

Satu Pendekatan Untuk Keseluruhan Hayat Kenderaan

Apa yang menarik mengenai strategi Maintain – Repair – Replace ialah ketiga-tiga peringkat ini tidak dilihat sebagai servis yang berasingan. Sebaliknya, ia menjadi satu pendekatan berterusan untuk menyokong kenderaan sepanjang kitar hayat powertrain. Bagi bengkel bebas dan pengedar, ia menyediakan struktur yang lebih jelas untuk menentukan penyelesaian berdasarkan keadaan transmission.

Bagi pemilik kenderaan pula, mesejnya cukup mudah,  jangan tunggu gearbox bermasalah baru mahu mengambil tindakan. Penyelenggaraan yang betul boleh membantu mengurangkan risiko kehausan dan downtime, manakala pembaikan atau penggantian boleh menjadi pilihan apabila keadaan transmission memerlukannya.

Dan yang lebih penting, pendekatan ini tidak hanya terpakai kepada kereta konvensional.

Dengan semakin banyak kenderaan hybrid, PHEV dan EV berada di atas jalan raya, pemahaman mengenai penjagaan powertrain juga perlu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi automotif. Akhirnya, tidak kira sama ada kenderaan menggunakan enjin pembakaran dalaman, hybrid atau elektrik, matlamatnya tetap sama:

Pastikan kenderaan berada di atas jalan, beroperasi dengan baik dan bertahan lebih lama.

Itulah asas kepada pendekatan ZF Aftermarket “Maintain – Repair – Replace” — satu strategi penjagaan powertrain daripada servis, kepada pembaikan, sehinggalah penggantian apabila diperlukan.

 

 

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy