KUCHING, 19 Oktober 2026 — Selepas berjaya melengkapkan perjalanan mengelilingi Semenanjung Malaysia dengan hanya satu tangki bahan api, Isuzu D-MAX 2.2L TD serba baharu sekali lagi membuktikan kecekapan bahan apinya apabila berjaya merentas Sabah dan Sarawak tanpa perlu mengisi semula diesel.
Menerusi cabaran “D-MAX One Tank. One Nation”, dua unit D-MAX baharu dengan enjin turbo diesel 2.2 liter diuji dalam perjalanan dari Sandakan, Sabah ke Kuching, Sarawak yang meliputi jarak keseluruhan 1,605 kilometer.
Lebih menarik, perjalanan ini bukan sekadar melibatkan lebuh raya atau jalan yang mudah. Konvoi perlu melalui pelbagai bentuk muka bumi termasuk laluan berbukit serta pendakian merentasi Banjaran Crocker, yang sememangnya memberikan cabaran kepada kecekapan bahan api sesebuah kenderaan.

Dua varian yang digunakan dalam cabaran ini ialah D-MAX 4×2 Auto Plus dan D-MAX 4×4 Automatic Premium. Kedua-duanya berjaya sampai ke Kuching dengan baki bahan api yang masih banyak.
Malah, varian 4×2 Auto Plus berjaya melengkapkan perjalanan dari bilik pameran Universal Motor Isuzu di Sandakan ke Pusat 3S Jimisar Auto Niaga Isuzu di Kuching tanpa lampu amaran paras bahan api rendah menyala.
Laluan cabaran bermula di Sandakan sebelum konvoi menuju ke Telupid, melalui kawasan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo dan seterusnya menempuh laluan berbukit ke Kundasang dalam perjalanan ke Kota Kinabalu.
Konvoi kemudiannya meneruskan perjalanan ke Sarawak melalui Brunei, sebelum singgah di Miri, Bintulu, Sarikei dan Sibu, sebelum akhirnya tiba di Kuching.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Kenderaan Komersial Ringan Isuzu Malaysia, Kenichi Kudo, cabaran ini memberi peluang kepada Isuzu untuk menguji kemampuan D-MAX dalam keadaan pemanduan sebenar yang dihadapi pengguna setiap hari.
Katanya, keupayaan sesebuah kenderaan tidak sepatutnya hanya dinilai dalam keadaan jalan yang rata dan lancar, sebaliknya perlu diuji dalam situasi sebenar termasuk jalan sempit, kesesakan, kawasan pembinaan dan laluan berbukit.
Antara faktor utama yang menyumbang kepada prestasi D-MAX dalam cabaran ini ialah enjin turbo diesel 2.2 liter serba baharu, yang digelar Isuzu sebagai “Best Engine Ever”.
Enjin tersebut menawarkan tork tinggi pada putaran enjin rendah, membolehkan D-MAX mendaki laluan curam menggunakan gear lebih tinggi. Pada masa sama, ciri itu membantu mengurangkan penggunaan bahan api ketika melalui laluan berbukit.
![]()
Enjin berkenaan turut dipadankan dengan transmisi automatik lapan-kelajuan baharu, yang menurut Isuzu memberikan pengalaman pemanduan lebih lancar dan menyeronokkan.
Selain penjimatan bahan api, Isuzu turut menekankan kos operasi yang lebih rendah menerusi ketahanan, produktiviti dan cukai jalan yang lebih murah, menjadikan D-MAX 2.2L baharu sebagai antara pilihan yang relevan untuk pengguna yang mementingkan kos pemilikan.
Secara keseluruhannya, kejayaan menamatkan perjalanan sejauh 1,605km dari Sandakan ke Kuching dengan satu tangki diesel memberikan gambaran tentang tahap kecekapan D-MAX 2.2L baharu, terutama apabila diuji dalam keadaan jalan dan bentuk muka bumi yang mencabar di Malaysia Timur.

Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?