Bila merancang holiday, nak cari hotel yang sesuai antara perkara penting yang perlu diberi perhatian. Kadang-kadang, kita terlalu fokus nak cari harga murah tapi terlupa untuk semak beberapa perkara yang boleh mempengaruhi ketenangan minda dan pengalaman sepanjang percutian.
Sebelum tekan butang Book Now, pastikan anda semak lima perkara ini terlebih dahulu:

Jangan terus pilih hotel hanya kerana harga yang terpapar murah. Semak dahulu lokasi dan jarak ke tempat yang anda ingin lawati semasa percutian.
Pastikan hotel yang anda tempah mempunyai akses mudah ke pengangkutan awam (bas atau tren), restoran atau kedai serbaneka seperti 7 Eleven atau Family Mart. Hotel yang sedikit mahal tetapi berada di lokasi strategik mungkin lebih menjimatkan masa dan kos perjalanan. Kadang-kadang kalau nak beli barangan kecemasan atau sekadar nak makan maggi malam-malam, boleh singgah kedai dekat, jimat sikit duit.

Gambar hotel yang cantik tidak semestinya menggambarkan keadaan sebenar.
Luangkan masa sikit untuk baca review daripada pengunjung terdahulu. Beri perhatian kepada komen tentang kebersihan bilik, layanan staf, bunyi bising dan keadaan kemudahan hotel.
Kalau banyak ulasan negatif tentang perkara yang sama, mungkin anda perlu pertimbangkan pilihan lain.

Setiap hotel menawarkan kemudahan yang berbeza. Jadi, pastikan anda tahu apa yang termasuk dalam harga bilik.
Antara perkara yang boleh disemak:
Jangan anggap semua kemudahan ini disediakan secara percuma. Ada hotel yang mengenakan caj tambahan untuk perkhidmatan tertentu. Tengok betul-betul sama ada hotel ada hidden fee untuk kemudahan atau barangan ekstra.

Sebelum membuat tempahan, baca dahulu polisi pembatalan hotel.
Ada tempahan yang boleh dibatalkan secara percuma, manakala ada juga yang juga yang guna polisi non-refundable booking, maknanya anda tak boleh dapatkan semula duit anda selepas pembayaran dibuat.
Semak juga sama ada terdapat caj tambahan seperti cukai penginapan, deposit keselamatan atau bayaran perkhidmatan yang belum dimasukkan dalam harga asal.

Ini mungkin nampak seperti perkara kecil, tetapi boleh mempengaruhi jadual perjalanan anda.
Semak waktu daftar masuk dan daftar keluar supaya tidak perlu menunggu terlalu lama selepas tiba di destinasi.
Jika penerbangan anda tiba awal pagi atau berlepas lewat malam, cuba semak sama ada hotel menyediakan kemudahan early check-in, late check-out atau penyimpanan bagasi.
Hotel yang sesuai bukan semestinya hotel paling mahal atau paling mewah. Apa yang penting ialah lokasi, keselesaan, kemudahan dan harga yang bersesuaian dengan bajet perjalanan anda.
Jadi, sebelum booking hotel, luangkan sedikit masa untuk semak perkara-perkara ini. Nampak remeh, tapi ini merupakan benda penting sebab anda nak balik ke bilik hotel yang selsesa selepas seharian travel. Sekurang-kurangnya, anda boleh mengelakkan kejutan yang tidak diingini sepanjang percutian nanti.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?