Bila travel ke luar negara, pemilihan hotel memang memainkan peranan penting. Selepas penat berjalan seharian, mestilah kita nak balik ke bilik yang selesa, bersih dan selamat.
Tapi, jangan terlalu teruja dengan gambar cantik atau harga hotel yang murah sampai terlupa untuk periksa keadaan sebenar penginapan.
Sebelum mula unpack barang, ini 5 red flags hotel yang anda patut perhatikan sebaik sahaja tiba.

Kalau melancong ke negara sejuk seperti Jepun, Korea atau negara-negara Eropah ketika musim sejuk, pemanas bilik yang tidak berfungsi boleh menjadi masalah besar.
Begitu juga dengan aircond ketika bercuti di negara beriklim panas. Periksa sama ada kemudahan asas ini berfungsi dengan baik, termasuk bekalan air panas untuk mandi.
Kalau ada masalah, terus maklumkan kepada pihak hotel dan minta mereka baiki atau tukarkan bilik.

Ini antara perkara yang ramai tetamu mungkin terlepas pandang kerana terlalu fokus untuk berehat.
Sebaik sahaja masuk ke bilik, cuba kenal pasti lokasi tangga kecemasan, pintu keluar dan pelan pemindahan bangunan yang biasanya diletakkan di belakang pintu bilik.
Perhatikan juga sama ada terdapat pengesan asap dan sistem keselamatan kebakaran. Jangan tunggu sehingga berlaku kecemasan baru nak cari jalan keluar.

Keselamatan diri perlu menjadi keutamaan, lebih-lebih lagi apabila menginap di negara yang kita tidak biasa.
Pastikan pintu utama boleh dikunci dengan sempurna dan tingkap, termasuk pintu balkoni jika ada, berada dalam keadaan baik.
Jika kunci rosak, pintu tidak boleh ditutup rapat atau terdapat kerosakan pada sistem keselamatan bilik, jangan ambil mudah. Minta pihak hotel menyelesaikan masalah tersebut atau pertimbangkan untuk menukar bilik.

Gambar hotel dalam laman tempahan mungkin nampak cantik, tetapi keadaan sebenar bilik boleh jadi sebaliknya.
Sebelum unpack barang, periksa cadar, sarung bantal, tuala dan bilik air. Beri perhatian kepada:
Kalau nampak sesuatu yang meragukan, ambil gambar sebagai bukti dan maklumkan kepada pihak hotel. Jangan terus anggap perkara tersebut sebagai masalah kecil, terutama jika melibatkan kebersihan tempat tidur.

Ini antara red flags yang boleh dikesan sebelum anda membuat tempahan lagi.
Ada hotel yang menggunakan gambar lama, sudut fotografi tertentu atau gambar yang tidak menggambarkan keadaan bilik sebenar. Malah, ada juga penyenaraian penginapan palsu yang menggunakan gambar daripada hotel lain.
Sebelum booking, jangan bergantung kepada gambar rasmi semata-mata. Semak ulasan tetamu terdahulu, gambar yang dimuat naik oleh pengunjung dan komen terkini di platform tempahan.
Berhati-hati juga jika harga terlalu murah berbanding hotel lain di kawasan yang sama, terutamanya jika pihak penginapan meminta bayaran dibuat di luar platform tempahan.
Jangan tunggu sehingga berlaku masalah baru nak periksa keadaan hotel. Luangkan beberapa minit untuk melihat keadaan bilik, kemudahan asas dan ciri keselamatan sebaik sahaja tiba.
Kalau terdapat masalah serius, segera maklumkan kepada pihak hotel atau platform tempahan untuk mendapatkan bantuan. Ingat, hotel bukan sekadar tempat untuk tidur, tetapi tempat untuk berehat dengan selesa dan selamat sepanjang percutian.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?