Ada yang tanya, antara Perodua MYVI, Honda CITY hatchback dan Toyota YARIS, mana satu paling baik? 🤔
Ye lah sebab sekarang Perodua Myvi baru 2022 dah hampir keluar facelift terbaru, Honda City pula dah ada versi Hatchback yang menggantikan Honda Jazz. Tapi kita tak boleh nafikan, YARIS ni tetap ada kelebihannya tersendiri.
Berbanding dengan dua model tadi, Toyota Yaris ni nampak macam lebih ‘low profile’ sedikit daripada segi nama dan persepsi di Malaysia. Perodua Myvi jauh lebih mampu milik lagi dengan spesifikasinya yang serba lengkap, manakala Honda City Hatchback pula terlihat lebih menawan dan kacak pada pandangan mata masyarakat Malaysia.
Tapi satu kelebihan Toyota Yaris yang pasti tiada pada kedua model tadi adalah darisegi keseronokkan pemanduan. Toyota Yaris versi terkini 2021 ini mempunyai pemanduan yang sangat jitu dan tepat, pemandu seolah-olah terasa sangat lincah dan ligat.
Agak memeranjatkan bila kita tahu sebuah ‘handling’ toyota lebih baik baik daripada pesaingnya Honda. Kalau dulu kita sering memikirkan model-model toyota kuat berhayun dan kurang ‘precise’ pada selekoh, kini Toyota kebelakangan ini begitu fokus dalam membangunkan racing team mereka iaitu ‘Toyota Gazoo Racing’ atau lebih dikenali dengan GR Team.
Selain daripada keseronokan pemanduan, Toyota Yaris ni juga mempunyai kelebihan daripada segi ‘reliability’, iaitu kepercayaan kepada pembuatannya. Sangat jarang kita dengar keluhan daripada pengguna yang serik menggunakan Yaris mahupun mana-mana model Toyota yang lain.
Walaupun banyak features pada Yaris ni agak ketinggalan berbanding Myvi dan City Hatchback, tapi Yaris masih mempunyai kelebihan dari segi ciri keselamatan, terutamanya jika dibandingkan dengan Honda City yang tidak dilengkapi dengan Honda Sensing.
Selain mempunyai 7 SRS airbag dan 3D Panoramic View Monitor (PVM) yang tiada pada pesaing lain, Toyota Yaris juga dilengkapi dengan ‘Toyota Safety Sense’ iaitu Pre-Collision System (PCS), Lane Departure Alert (LDA), Blind Spot Monitor (BSM), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), ABS with EBD & BA, Vehicle Stability Control (VS, Traction Control (TRC) dan beberapa lagi.
Ini pula perbandingan ‘drivetrain’ antara tiga model tersebut:
TOYOTA YARIS
Engine: 1.5L Dual VVT-i, DOHC 4-Cylinder, 16 Valve (2NR-FE)
Transmission: 7-Speed CVT
Horsepower: 107 PS | Torque: 140 Nm
HONDA CITY Hatchback (Non-Hybrid)
Engine: 1.5L DOHC i-VTEC, 4-Cylinder, 16 Valve
Transmission: CVT
Horsepower: 121 PS | Torque: 145 Nm
PERODUA MYVI
Engine: 1.5L Dual VVT-i, DOHC 4-Cylinder, 16 Valve (2NR-VE)
Transmission: D-CVT
Horsepower: 103 PS | Torque: 137 Nm
Dan ini pula perbandingan dari segi harga sehingga Februari 2022:
Toyota Yaris
1.5 J: RM70,940.00
1.5 E: RM80,380.00
1.5 G: RM84,808.00
Honda City Hatchback
1.5L S: RM75,669.45
1.5L E: RM83,075.73
1.5L V: RM87,856.36
1.5L RS: RM107,783.09 (Hybrid)
Perodua MYVI Facelift 2022
1.3L G (w/o PSDA): RM45,700.00
1.3L G: RM47,700.00
1.5L X: RM49,900.00
1.5L H: RM53,900.00
1.5L AV: RM58,800
Semua harga di atas adalah OTR tanpa insurans.
Untuk pandangan dan perspektif lebih dekat dan jelas, anda boleh ikuti review saya tentang Toyota Yaris di bawah ni.
Toyota Vios GR-Sport: Versi VIOS yang Lebih Garang! – NazzAbdullah.com says:
[…] dunia, lagenda negara. Siapa tak kenal.Daripada segi engine masih sama dengan Vios versi biasa dan Yaris iaitu 1.5L Dual VVT-i (2NR-FE) DOHC 16-valve, inline-4 yang menghasilkan 107PS & 140Nm […]
Honda CITY Hatchback: Pengganti Honda JAZZ yang miliki ‘Magic Seat’! – NazzAbdullah.com says:
[…] ke dalam pasaran tempatan dan digantikan dengan Honda CITY Hatchback untuk kembali bersaing dengan Toyota Yaris dan Perodua Myvi!Apakah kelebihan yang versi Hatchback ni berbanding Honda City yang biasa […]