Tarikh dilancarkan: 18 N0v 2021
Model Asal: 2017
Generasi: Ke-3
Facelift: Facelift Pertama
Akhirnya setelah hampir 5 tahun model ni menguasai hampir 25% pasaran kereta baru di Malaysia, pada setiap bulan, tanpa sebarang facelift, tanpa sebarang ‘major change’, dan tanpa sebarang diskaun sekalipun, akhirnya kali ni satu Malaysia telah menyaksikan sebuah facelift yang ditunggu-tunggu ramai.
Ya.. Ia adalah Perodua MYVI, satu model yang tak payah diperkenalkan lagi. Satu model paling unggul di Malaysia yang mendominasi setiap pelusuk jalan raya negara kita lebih daripada 10 tahun lamanya.
Dikatakan kali ni Myvi Facelift 2021 ni datang dengan lebih sopan. “Apa yang sopannya Nazz? Dah tu yang lama tu tak sopan ke?” Itu kan ayat marketing jangan lah serius sangat.. 😂
Ya, yang baru ni lebih sopan dan lebih selamat di atas jalan raya. Didatangkan dengan pelbagai safety features terkini bertaraf global, iaitu ASA 3.0 dan mendapat semua ciri PSDA yang telah ada pada Perodua ATIVA sebelum ini.
So ini menjadikan Myvi sebagai model paling murah di Malaysia yang mempunyai sistem ADAS! Ya.. Dulunya segala sistem ni hanya kita boleh temui pada kereta-kereta yang berharga RM200,000 ke atas sahaja. Syabas Perodua!
Dari segi enjin, masih sama iaitu masih menggunakan enjin 1.3L (1NR-VE) & 1.5L (2NR-VE) DOHC Dual VVT-i, dan masih menghasilkan output yang sama iaitu 102 Horse power & 137 Nm Torque.
Namun apa yang berbezanya adalah darisegi transmission, yang mana sebelum ni menggunakan Automatik dan kini bertukar kepada Dual-CVT, yang sama pada Perodua ATIVA. Variasi Manual pula telah digugurkan, ini bermaksud Myvi manual sudah tiada semunya adalah automatik (D-CVT) sahaja.
1.3L G (Tanpa PSDA): RM46,500
1.3L G: RM48,500
1.5L X: RM50,900
1.5L H: RM54,900
1.5L AV: RM59,900
Harga semenanjung | OTR tanpa insurans | Dikemaskini pada Oktober 2023
POWERTRAIN
1.3L
ENJIN: 1.3L, 1NR-VE, DOHC with Dual VVT-i (4-Cylinders)
KAPASITI: 1329 cc
KUASA KUDA: 95PS / 6000 rpm
TORK: 121Nm /4000 rpm
1.5L
ENJIN: 1.5L, 2NR-VE, DOHC with Dual VVT-i (4-Cylinders)
KAPASITI: 1496 cc
KUASA KUDA: 103PS / 6000 rpm
TORK: 137Nm /4200 rpm
TRANSMISI
Automatik: D-CVT
KADAR PENJIMATAN MINYAK
1.3L: 22.2 km/L (Dengan sistem ‘ECO Idle’)
1.5L: 21.1 km/L (Dengan sistem ‘ECO Idle’)
KAPASITI TANGKI: 36 Liter
RUANG BOOT
277 Liter
BODY
KERB WEIGHT: 985KG – 1025KG
TURNING RADIUS: 4.8 ke 5.1 meter
WHEELBASEL: —MM
SAIZ TAYAR
1.3L: 175/65 R14 Alloy
X & AV: 185/55 R15 Alloy
BREK
Depan: Disc
Belakang: Drum
Kalau korang tanya saya, sampai bila Myvi ni akan mendominasi dan membolot 1/4 pasaran Malaysia? Jawapan saya, sampai bila-bila selagi belum ada kereta yang lebih baik dan lebih lengkap daripada segala aspek dengan jangka harga RM50K ke RM60K. Kenapa? Jawapannya dalam video ni..
Selamat menonton & semoga terhibur.. 😊🙏🏻
Honda CITY Hatchback: Pengganti Honda JAZZ yang miliki ‘Magic Seat’! – NazzAbdullah.com says:
[…] tempatan dan digantikan dengan Honda CITY Hatchback untuk kembali bersaing dengan Toyota Yaris dan Perodua Myvi!Apakah kelebihan yang versi Hatchback ni berbanding Honda City yang biasa (Sedan)?Satu kelebihan […]
Toyota YARIS Facelift 2021 – Bagaimanakah ia mampu bersaing dalam B-segment Sedan! – NazzAbdullah.com says:
[…] MYVI, Honda CITY hatchback dan Toyota YARIS, mana satu paling baik? 🤔Ye lah sebab sekarang Perodua Myvi baru 2022 dah hampir keluar facelift terbaru, Honda City pula dah ada versi Hatchback yang menggantikan Honda […]