Toyota Alphard (2024) Executive Lounge Kini Dilancarkan: Harga RM538,000

UMW Toyota Motor (UMWT) telah melancarkan Toyota Alphard 2.4T Executive Lounge serentak dengan pelancaran Vellfire 2.5L di Malaysia. Berbanding kembarnya, Toyota Vellfire, harga MPV mewah tujuh tempat duduk ini bermula dari RM538,000 iaitu RM100,000 lebih mahal berbanding kembarnya dan hanya didatangkan dengan varian tunggal iaitu Executive Lounge.

Reka Bentuk yang Mewah

Untuk pengetahuan anda, ada ciri eksklusif yang direka khas untuk membezakan kedua-dua model MPV mewah ini. Wajah hadapan Alphard 2.4T Executive Lounge ternyata lebih garang dengan lampu utama baharu dengan rekaan agak nipis, dengan unit LED yang disambungkan dengan lampu membelok, lampu sudut dan lampu nyalaan siang.

Dalaman yang Mewah dan Luas

Keselesaan yang optimum pastinya memberikan keutamaan dalam rekaan bahagian kabinnya. Tempat duduknya lebih lebar dan lebih selesa jika dibandingkan dengan Vellfire. Dengan balutan kulit Premium Nappa, tempat duduk pemandu, penumpang hadapan dan barisan kedua turut dilengkapi dengan sistem pemanasan dan pengudaraan, serta fungsi urutan eksklusif.

Prestasi dan Enjin

Toyota Alphard dikuasakan oleh enjin terkini yang menawarkan prestasi hebat dan kecekapan bahan api. Bagi kapasiti enjin 2.4 liter, Alphard ini mampu menghasilkan 430 Nm pada 1700 – 3600 rpm. Manakala output maksimum yang dihasilkan untuk kuasa adalah 278 Ps pada 6000 rpm.

Teknologi Canggih

Alphard 2.4T Executive Lounge juga ditampilkan dengan paparan head-up (HUD) baharu TFT warna penuh bersaiz 12.3-inci, Paparan Pelbagai Informasi (MID) skrin sesentuh 14-inci dengan fungsi paparan audio, dan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Ia juga diberikan roda stereng tilt & telescopic balutan kulit dengan kemasan kayuan yang disertakan bersama suis elektrostatik.

Alphard ini berukuran 5,010 mm panjang, 1,850 mm lebar dan 1,950 mm tinggi, dengan jarak antara roda 3,000 mm. Alphard ini didatangkan dengan sejumlah 4 warna luaran, termasuk Platinum White Pearl (Putih), Precious Metal, Precious Leo-Blond dan Hitam dengan pilihan warna dalaman Beige atau Hitam.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD