passionately driven

Maserati MC20 CIELO (Spyder): Supercar Paling Seksi!

Bentuk yang menjolok mata, dengan Butterfly door, dengan bumbung boleh dibuka sepantas 12 saat, ditambah lagi dengan warna putih, sesempurna sesebuah supercar, inilah Maserati MC20 Cielo versi Spyder yang pasti memukau mana-mana mata yang melihat.

MC yang bermaksud Maserati Corse, 20 iaitu pada tahun 2020 bermulanya era baru untuk Maserati, Cielo (Sky) yang menjanjikan keseronokan memandu di luar dan masih juga mengekalkan konsep coupe.

Selain dari mempunyai pertambahan berat sebanyak 65 kg sahaja berbanding coupe, pintu ‘butterfly’ turut memudahkan keluar masuk dari kabin ke luar kereta. Didatangkan dengan 3 lapisan warna ‘metallic’ yang dipanggil sebagai Acquamarina telah menonjolkan lagi sisi kacak dan sporty MC20 Cielo.

Antara specs Maserati Spyder MC20 Cielo:

– Multi-Sensory Driving Experience
– 100% made in Italy & 100% made in Modena
Aerodinamik sebanyak 360 darjah dalam terowong angin
– Sistem Keselamatan Aktif seperti sensor parkir, 360 darjah camera baru dll
– High Premium Sonus Faber audio System yang menggunakan sistem 12 speaker untuk menghasilkan bunyi yang berkualiti tinggi
– Bumbung gelas yang hanya mengambil masa selama 12 saat untuk tutup dan buka
– Pintu ‘Butterfly’

Harga bermula dari RM1,228,000 untuk bebas cukai dan didatangkan dengan 3 tahun Standard Warranty coverage dan percuma program baik pulih untuk 3 tahun pertama atau 60,000 km.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD