NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

PROTON X50: Aerokit R3 Hanya Terhad Kepada 200 Pakej Sahaja

PROTON X50: Aerokit R3 Hanya Terhad Kepada 200 Pakej Sahaja

Pengeluar kereta nasional PROTON telah mengesahkan harga pakej aksesori Edisi Ulang Tahun ke-20 R3 untuk Proton X50 berikutan kemunculan pertamanya di MARii Autoshow 2023 pada bulan Mei tahun ini di sambutan X50 Karnival di ‘Proton Centre of Excellence’ hari ini.

Setelah dua dekad jenama R3 direka, pakej ini terdiri daripada pelapis vinil hitam satin, aerokit R3 rekaan khas (skirt hadapan, belakang dan sisi), jalur bonet R3, spoiler bumbung belakang bergaya, rim aloi ringan 18” R3, logo grill hadapan R3, plat nama belakang edisi terhad R3 serta plat nama papan instrumen dalaman, sulaman pada kepala kerusi R3, tikar R3 dan tinted tingkap Proton.

Cuma hanya tersedia kepada pembeli Proton X50 1.5 TGDi berwarna jet grey, hanya 200 pakej terhad tersedia. Boleh dapatkan pakej R3 edisi terhad ini pada harga RM12,000 termasuk pemasangan dan boleh ditempah mana-mana cawangan Proton. Bermula dari pertengahan bulan November penghantaran akan dibuat.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy