Honda WR-V merupakan model SUV kompak yang menawarkan gabungan rekaan menarik, prestasi tinggi, dan pengendalian yang sesuai untuk kegunaan harian di jalan raya atau bandar. Ia juga sering dibandingkan dengan Perodua Ativa yang mempunyai saiz lebih kurang sama.
WR-V mempunyai rekaan luaran yang dinamik dengan kemasan gril hadapan yang moden. Saiznya yang kompak memudahkan pemanduan dalam bandar tetapi masih mempunyai ruang yang mencukupi untuk penumpang.
Dikuasakan dengan enjin 1.5L DOHC i-VTEC , WR-V menawarkan prestasi yang memuaskan tanpa mengurangkan kecekapan bahan api. Enjin yang moden dari Honda ini mampu memberikan pengguna pengalaman memandu yang lancar dan responsif.
Walaupun bersaiz kompak, WR-V menawarkan ruang dalaman yang selesa dan praktikal. Bahagian kerusi belakang yang boleh dilipat 60:40 memberikan ruang yang lebih besar untuk membawa barang. Ini kerana, saiz but bahagian belakang kereta WR-V ini hanya sekitar 380L tanpa menurukan kerusi belakang.
Model ini dilengkapi dengan teknologi canggih seperti sistem sambungan Apple Car Play dan Android Auto yang membolehkan pengguna menyambungkan peranti mereka. Ciri keselamatan moden seperti Honda SENSING dan kamera undur (varian E keatas) termasuk sistem keselamatan VSA, ABS, EBD, HSA, ESS dan empat airbags standard untuk semua varian. Varian RS sahaja yang mempunyai enam airbags.
Harga Rasmi Honda WR-V 2023,
Aksesori Modulo juga boleh ditambah dengan harga,
Untuk maklumat yang lebih terperinci mengenai Honda WR-V, boleh tonton video review lengkap di bawah.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?