NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Pas Perjalanan My50 Diteruskan, Lebih 200,000 Pelanggan di Lembah Klang

Pas Perjalanan My50 Diteruskan, Lebih 200,000 Pelanggan di Lembah Klang

Penawaran pas perjalanan tanpa had My50 telah meningkat sebanyak 66% pada tahun ini, iaitu sekitar 120,000 pengguna hingga yang terkini telah mencecah lebih 200,000 pengguna di Lembah Klang. Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, kerajaan telah mengumumkan akan meneruskan pas perjalanan tanpa had My50 ini.

Kenyataan ini disokong sendiri oleh Anthony Loke, Menteri Pengangkutan di mana peruntukan untuk program My50 ini akan dinaikkan dari RM115 juta kepada RM200 juta bagi menampung permintaan yang semakin meningkat. Disambung lagi oleh beliau, peningkatan ini berkait dengan pembukaan MRT Laluan Putrajaya yang telah memulakan operasi pada bulan Mac yang lalu dan diharap lebih ramai penduduk bandar dapat menggunakan peluang ini.

Kerajaan telah menyasarkan untuk mempromosikan penggunaan pengangkutan awam untuk mengurangkan beban rakyat melalui pengangkutan awam mampu milik. Telah diperkenalkan pada tahun 2019, My50 menawarkan satu pas perjalanan tanpa had selama 30 hari untuk pengangkutan awam seperti Rapid KL LRT, Monorel, BRT, Bas Rapid KL dan Bas Perantara MRT di Lembah Klang.

 

Sumber : New Straits Times

Gallery

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy