Bakal Kembali di Malaysia: Volkswagen Touareg 2024

Touareg generasi terbaharu bakal dilancarkan oleh Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dan turut hadir bersama kemasan R-Line yang lebih sporty dengan enjin petrol 3.0 liter V6 TSI yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 335 Hp dan 450 Nm.

Baru-baru ini, Volkswagen Malaysia telah berkongsi di laman sosial Instagramnya dengan memuatnaik gambar yang menunjukkan bahawa pendaftaran untuk model baharu Volkswagen Touareg 2024 telah dibuka dan bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Dengan transmisi automatik dengan lapan kelajuan bagi model SUV baharu ini, sistem pacuan semua roda masih dikekalkan 4Motion. Selain itu, antara ciri-ciri lain yang menarik bagi Touareg baharu ini adalah lampu depan IQ.Light HD Matrix, suspensi udara automatik dan sistem bunyi Dynaudio Consequence dengan penguatan 730 watt.

Apa yang baharu pada model facelift kali ini adalah reka bentuk gril yang telah direka semula untuk nampak lebih sporty, lampu depan LED dengan lampu nyalaan siang (DRL) yang lebih garang dan intake hadapan yang lebih rendah serta lebar.

Sedikit fakta menarik tentang Touareg ini, generasi pertama dan kedua Touareg ini pernah memasuki Malaysia satu ketika dahulu, namun Touareg generasi ketiga ini yang akan dijual di pasaran Malaysia menggunakan model facelift.

Sehingga kini masih belum ada harga rasmi dari VPCM, namun segelintir rakyat Malaysia sudah menunjukkan rasa teruja mereka dan telah bersedia untuk menerima masuk Volkswagen Touareg generasi ketiga ini untuk masuk ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

 

Sumber : Careta 

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD