passionately driven

Jenama Bukan Nasional No.1 Pada 2023 Adalah UMW Toyota

Selama 3 tahun berturut-turut, UMW Toyota Motor (UMWT) telah berjaya menduduki tempat pertama sebagai pengeluar kenderaan bukan nasional pada tahun 2023. Mempunyai angka yang tertinggi setakat ini, syarikat itu telah berjaya menjual sebanyak 108,107 unit melalui kenderaan Toyota dan Lexus. Pencapaian yang hebat itu diteruskan lagi pada Januari 2024 di mana mereka sudah berjaya menjual 6,276 unit bagi kedua-dua jenama itu.

Dengan jualan sebanyak 75,337 unit, jenama Toyota telah berjaya menguasai 32 peratus daripada pasaran kenderaan penumpang bukan nasional pada 2023. Manakala Honda telah berada di kedudukan ke-empat keseluruhan bagi segmen pasaran yang sama. Toyota juga telah merekodkan sebanyak 22,533 unit atau 19.6 peratus perkongsian bagi SUV bukan nasional.

nazznco-article-cover-3

Beralih pula kepada segmen trak pikap dan tidak mengejutkan apabila sekali lagi Toyota Hilux berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai trak pikap paling laris dengan 27,447 unit, bersamaan dengan 47.2 peratus perkongsian pada 2023. Begitu juga dengan segmen van panel, kerana tiada persaingan lain, syarikat itu berjaya menjual sebanyak 3,424 unit dan perkongsian 100 peratus dalam pasaran.

nazznco-article-cover-toyota-hilux

“Kejayaan kami adalah cerminan kepada kesungguhan untuk memberikan kenderaan berkualiti tinggi dan pengalaman pemilikan yang menyenangkan untuk pelanggan. Kami sangat hargai penerimaan positif daripada pasaran dan pelanggan, bagi barisan model kami yang pelbagai. Kami akan terus memberi tumpuan terhadap inovasi mobiliti,” jelas Presiden UMWT, Datuk Ravindran K.

 

Sumber : Paultan

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD