Jualan Bagi BMW, Mercedes Benz 2023 Menurun Bagi Data Jualan Kenderaan Premium di Malaysia

Sebelum ini, data jualan kenderaan di Malaysia 2023 secara keseluruhan dan data jualan trak pikap di Malaysia sudah kita lihat. Kini, kita beralih pula kepada segmen kenderaan premium di mana terdapat beberapa jenama besar yang menunjukkan penurunan.

Pada tahun 2023, sebanyak 29,213 kenderaan premium telah dijual di Malaysia dan jumlah ini tidak termasuk Tesla, Audi dan Smart. Berbanding pada tahun 2022, peningkatan sebanyak 1,060 unit dapat dilihat dan sebahagian besar datang daripada BMW dan Mercedes-Benz dengan masing-masing sebanyak 41 peratus dan 31.4 peratus daripada jualan keseluruhan.

Walau bagaimanapun, jika dilihat, jualan bagi BMW adalah mendatar sahaja kerana 11,973 unit yang dicatat pada tahun 2023 sebenarnya cuma kurang 3 unit sahaja berbanding tahun 2022. Mercedes-Benz juga merekodkan penurunan sebanyak 568 unit dengan catatan keseluruhan 9,163 unit, berbanding tahun 2022. Di tangga ketiga adalah Volvo yang juga menunjukkan penurunan sebanyak 15.6 peratus atau 498 unit dengan mencatat jualan 2,696 unit pada tahun 2023.

nazznco-article-cover-data-jualan-kereta-premium-2023

Kredit Imej : Paultan

Peningkatan yang banyak dapat dilihat di mana ramai pengguna bertukar kepada jenama Lexus, MINI dan Porsche pada tahun 2023. Cabang kenderaan mewah dari Toyota ini mencatat peningkatan jualan hampir satu kali ganda iaitu 1,901 unit berbanding 993 unit pada tahun 2022. Dengan jualan sebanyak 1,808 unit, MINI merekodkan peningkatan sebanyak 49 peratus.

Dikejutkan oleh Porsche, jualan keseluruhan meningkat sebanyak 70.5 peratus kepada 1,526 unit manakala Land Rover, penurunan sehingga 42.4 peratus dengan jualan cuma 76 unit pada tahun 2023. Tidak lupa juga kepada jenama Jaguar dan Lotus dengan masing-masing menjual 37 unit dan 33 unit kenderaan.

 

Sumber : Paultan

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD