passionately driven

Range Rover Evoque 2024 Kini Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM499,000

Setelah diperkenalkan di peringkat global pada Jun tahun lalu, Range Rover Evoque 2024 kini telah dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia. Masih mengekalkan DNA SUV mewah dari Range Rover, terdapat beberapa peningkatan dari segi rekaan dan telah diberikan sentuhan yang lebih segar.

Evoque pada kali ini didatangkan dengan 3 varian iaitu P200 Dynamic SE yang harganya bermula dari RM498,800 (atas jalan tanpa insurans), diikuti dengan P250 H Spec yang harganya bermula dari RM529,800 (atas jalan tanpa insurans) dan varian teratas P250 Dynamic HSE dengan harga bermula dari RM565,800 (atas jalan tanpa insurans) sebagai pilihan.

Ketiga-tiga varian masih menggunakan enjin 2.0 liter Ingenium pengecas turbo empat-silinder petrol dan bagi varian P200, ia mampu menghasilkan sehingga 200 Ps dan 320 Nm tork. Pecutan dari 0-100 km/j dalam 8.6 saat. Bagi kedua-dua varian P250, ia mampu menghasilkan sehingga 249 Ps dan 365 Nm tork. Pecutan dari 0-100 km/j hanya dalam 7.6 saat.

Dari segi rekaan luarannya, Evoque agak mirip dengan Velar facelift dan Ranger Rover L460 serba baharu. Reka bentuk luar dipertingkatkan dengan gril yang direka bentuk semula, lampu depan Pixel LED penuh bergaya dan lampu nyalaan siang (DRL) yang lebih nipis boleh didapati dalam Lux Spec. Manakala untuk di belakangnya, lampu “double-U” telah memberi laluan kepada grafik berbentuk-U yang lebih lebar.

nazznco-article-cover-range-rover-evoque-2024-7

Beralih kepada dalam kabin pula, reka bentuk reduktif dibantu oleh penggunaan skrin sentuh infotainment terapung besar yang bersaiz 11.4 inci berbanding Velar facelift. Namun, ciri kawalan suhu fizikal telah dibuang dan kini telah dipindahkan sepenuhnya ke skrin sentuh di atas.

Pengecas tanpa wayar Qi secara standard dan ruang simpanan yang lebih banyak telah diberikan kali ini. Tuil gear baharu yang lebih berketerampilan dan roda stereng yang telah direka semula dan kini telah disertai dengan serlahan Moonlight Chrome.

nazznco-article-cover-range-rover-evoque-2024-2

Ciri standard yang diberikan untuk P200 Dynamic SE termasuklah roda aloi Style 1085 20-inciupholstery kulit Ebony, kemasan anodised gelap, tempat duduk pemandu larasan kuasa 12-cara (10-cara untuk penumpang hadapan), kawalan suhu dwi-zon, paparan instrumen digital 12.3-inci, pedal penukar gear kemasan krom satin, Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, 11-pembesar suara, sistem bunyi Meridian 400-wat, kamera undur dan tailgate bukaan elektronik.

Untuk versi P250 diberikan ciri tambahan termasuk lampu tinggi automatik, lampu kabus hadapan, sistem kamera 360-darjah dengan fungsi 3D dan cermin pandang belakang digital ClearSight. Bagi versi Dynamic HSE ditambah dengan ciri lampu utama Pixel LED matrix, roda aloi Style 5137 21-inciupholstery kulit Windsor bumbung kaca panoramik, tempat duduk larasan kuasa 14-cara, suspensi adaptif dan paparan utama.

Warna baharu iaitu Corinthian Bronze, Tribeca Blue dan Arroios Grey turut diberikan menampaknya lebih menarik. Kesemua model juga kini dilengkapi dengan bantuan pemandu termasuk brek kecemasan sendiri, kawalan kelajuan adaptif, bantuan kekal lorong, pemantauan titik buta, pengesan isyarat trafik dan pemantauan trafik lintasan belakang.

 

Sumber : Paultan

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD