Berikutan dengan isu “Bezza gula” tempoh hari, kali ini timbul pula isu terbaru yang melibatkan Perodua Axia. Seorang pengguna @tunaa4_ yang dipercayai adalah pemiliknya telah memuatnaik gambar di laman sosial media Tiktok dan meluahkan rasa sedih dan kecewanya terhadap layanan yang telah diberikan kepadanya oleh pihak Perodua.
Berdasarkan caption yang telah ditulis oleh pemilik Axia terbabit, beliau mula mendapat Perodua Axia ini pada bulan September 2023. Nasib tidak menyebelahi dirinya apabila baru sahaja dapat, keretanya sudah mula bermasalah. Menurut beliau lagi, pihak Perodua telah mengambil tindakan sambil lewa untuk menyelesaikan masalah ini dengan memakan masa berbulan-bulan untuk menerima tempahan barang yang perlu ditukar.
Kredit Imej : @tunaa4_
Tambah beliau lagi, yang menjadi masalah utama pada kenderaan ini adalah setiap kali kereta ini dihidupkan, kereta ini seolah-olah jerking yang bermaksud semput ketika dipandu. Pertama kali kereta ini dihantar ke pusat servis Perodua, mereka mengambil masa selama 3 bulan untuk membaiki namun masalah sama terjadi lagi selepas mengambil dari pusat servis Perodua.
Kredit Imej : @tunaa4_
Sehingga kini, telah 3 kali isu yang sama berlaku dan kereta sudah tersadai di rumah pemilik selama seminggu kerana menunggu barang tempahan dari Perodua yang ingin dibaiki. Alasan yang sama digunakan iaitu barang yang diterima masih tidak kunjung tiba lagi. Pemilik meluahkan rasa kecewanya kerana niat beliau untuk membeli kereta adalah untuk memudahkan urusan harian beliau namun kini telah menyusahkan dirinya lagi. Sudah lah kenderaannya rosak, bayaran bulanan masih perlu dibayar.
Sehingga kini, pihak Perodua masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berkenaan isu ini. Kami mengharapkan agar kedua-dua pihak dapat berbincang dan menyelesaikan masalah ini secara baik.