Jualan Proton di Brunei Rekod Sebanyak 789 Unit Bagi 2023 – Meningkat 87%

Proton telah mendedahkan bahawa mereka telah berjaya menghantar sebanyak 789 unit kenderaan di Brunei pada tahun lalu, 87 peratus lebih tinggi berbanding pada tahun 2022 iaitu hanya sebanyak 422 unit sahaja. Ini telah meletakkan Proton di tempat ke-5 di antara jenama-jenama kereta yang lain di Brunei dan naik satu anak tangga berbanding kedudukan pada tahun 2022.

Selain itu, market share juga dilihat meningkat dari 2.2 peratus kepada 5.4 peratus dan di peringkat domestik, Proton telah berjaya menjual lebih dari 150,000 unit di Malaysia pada tahun lalu.

Brunei adalah salah satu pasaran eksport awal Proton sejak bekerjasama dengan Geely, dan jumlah Total Industry Volume (TIV) telah meningkat ke 14,640 unit tahun lalu berbanding 13,000 unit pada tahun 2022.

Proton Brunei telah mendedahkan bahawa model kenderaan paling laris adalah Proton X50, di mana hampir 60 peratus dari jumlah jualan datang dari model ini. Dengan jumlah jualan sebanyak 476 unit, X50 telah dilancarkan di Malaysia pada Oktober 2020 dan kemudian dieksport ke Brunei pada November 2020.

Selain itu, terdapat juga model-model lain dari Proton yang berada di kedudukan 10 teratas di segmen masing-masing. Antaranya ialah Persona di tempat ke-6, Iriz di kedudukan ke-8 dan X90 di tempat ke-7.

Untuk tahun 2024, kita sudah tahu bahawa 15 unit S70 sudah dieksport ke Brunei sebulan sebelum pelancaran rasmi mereka. Pelancaran rasmi mereka dijangka sebelum bulan ini berakhir dan Proton yakin, mereka bakal dapat menjual lebih dari 1,000 unit S70 di Brunei pada tahun ini.

nazznco-article-cover-proton-s70

 

Sumber : Paultan

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD