UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) telah memperkenalkan inisiatif ‘Beyond Zero’, yang selaras dengan matlamat global Toyota ke arah Carbon Neutrality menjelang tahun 2050. Acara ini sedang berlangsung di Taman Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur bermula dari 20 Februari sehingga 28 Februari ini.
Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, yang merasmikan acara itu memuji UMWT atas komitmen yang ditunjukkan oleh syarikat itu terhadap amalan pengekalan dan pemuliharaan alam sekitar.
Beliau berkata, “Malaysia, yang diiktiraf sebagai negara terbaik di Asia Tenggara dalam Indeks Peralihan Tenaga 2023 oleh Forum Ekonomi Dunia, berada di atas landasan yang betul untuk menjadi pemimpin serantau dalam peralihan tenaga. Usaha inovatif Toyota dalam tenaga bersih, menerusi pendekatannya yang pelbagai, sememangnya selari dengan matlamat negara kita.”
Pelbagai model telah dipamerkan semasa acara ‘Beyond Zero’ ini yang terdiri daripada Hibrid Elektrik (HEV), Sel bahan api (FCEV), Kenderaan Elektrik (EV) dan ICE Hidrogen. Kita mulakan dulu dengan model yang menggunakan HEV.
1. Toyota Corolla Cross HEV
2. Toyota Camry HEV
3. Toyota Alphard HEV
4. Toyota Vellfire HEV
Seterusnya, model yang menggunakan sel bahan api (FCEV).
1. Toyota Mirai FCEV
2. Toyota Hilux FCEV Concept
3. Toyota GranAce FCEV Concept
4. Toyota Sora
Tidak dilupakan, model kenderaan elektrik (EV).
1. Toyota bZ4X
2. Lexus RZ
3. Toyota C+Pod
4. Toyota e-Pallete
5. Toyota Hilux BEV Concept
Yang terakhir, kenderaan yang menggunakan ICE Hidrogen.
1. Toyota Corolla Cross H2 Concept
Dengan sejarah kebolehpercayaan yang terbukti di jalan raya Malaysia sejak tahun 2009 dan di peringkat global sejak tahun 1997, UMWT telah berjaya menjual 41,600 HEV sejak tahun 2009 yang dapat diterjemahkan kepada kesan penyahkarbonan yang membanggakan, iaitu penyerapan kira-kira 150,000 tan CO2 bersamaan dengan 500,000 pokok.
Satu lagi inovasi yang mendapat perhatian ialah bas SORA. Diambil daripada singkatan untuk Sky, Ocean, River dan Air (Langit, Laut, Sungai dan Udara), SORA adalah sebuah bas yang dikuasakan oleh sel bahan api hidrogen, seperti yang terdapat pada Toyota Mirai.
Daripada kenderaan elektrik hibrid, kenderaan elektrik bateri, hinggalah kepada teknologi sel bahan api hidrogen, konsep Beyond Zero menekankan komitmen Toyota untuk terus berinovasi , di samping memupuk ekosistem yang hijau dan rendah karbon untuk semua rakyat Malaysia.