Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah mengumumkan sebanyak 65,499 unit kenderaan telah dihantar kepada pelanggan pada Januari 2024 bagi data jualan kenderaan pada tahun ini. Berbanding 79,398 unit yang telah direkodkan pada Disember 2023, ia menunjukkan penurunan sebanyak 12,899 unit atau sebanyak 16.45%.
Kredit Imej : Paultan
Menurut MAA, disebabkan syarikat-syarikat automotif telah meningkatkan penghantaran kenderaan untuk memenuhi pesanan tertunggak, ia sedikit sebanyak mempengaruhi angka jualan pada bulan lalu, terutamanya bagi syarikat dengan tahun kewangan mereka yang berakhir pada Disember 2023, serta peningkatan hasil daripada tawaran jualan murah akhir tahun.
Berbanding pada Januari 2023, jumlah yang direkodkan pada tahun ini adalah 30.5 peratus lebih tinggi berbanding 50,168 unit yang telah diperolehi pada tahun lepas. Dengan mengekalkan unjuran TIV 2024 sebanyak 740,000 unit, angka jualan untuk Januari berada di landasan yang betul.
MAA turut meramalkan angka jualan untuk bulan ini akan lebih rendah disebabkan sambutan Tahun Baru Cina dan waktu kerja yang pendek pada bulan ini.
Sumber : Paultan