BYD Seal Kini Dilancarkan: Harga Bermula Dari RM179,800 Hingga RM199,800

Sime Darby Motors telah melancarkan sebuah model baharu iaitu BYD Seal dan mengumumkan harga rasmi pada hari ini di The Exchange TRX. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Seal ini berukuran 4,800 mm panjang, 1,875 mm lebar, 1,852 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,920 mm. Bahagian dalamnya yang luas serta ruang but 400L dan tambahan 50L lagi di bawah bonet, menyerlahkan lagi penampilannya. Dua jenis varian telah dilancarkan untuk jualan iaitu Premium RWD dan Performance AWD.

Untuk varian Premium, ia didatangkan dengan spesifikasi motor elektrik tunggal yang mampu menghasilkan 360 Nm manakala output maksimum yang dihasilkan untuk kuasa adalah 230 kW. Untuk jarak sejauh 650 km boleh dicapai dengan pek bateri berkapasiti 82.5 kWh dengan sekali pengecasan. Pecutan 0-100 km/j didakwa dalam masa 5.9 saat

Untuk varian paling laju mereka iaitu Performance, didatangkan dengan spesifikasi dual-motor powertrain yang mampu menghasilkan 670 Nm manakala output maksimum yang dihasilkan untuk kuasa adalah 390 kW. Untuk jarak sejauh 580 km boleh dicapai dengan pek bateri berkapasiti 82.5 kWh dengan sekali pengecasan.Pecutan 0-100 km/j didakwa dalam masa 3.8 saat.

Rekaan luarannya yang berilhamkan konsep ‘X’ telah menggabungkan gaya dan prestasi dengan reka bentuk aerodinamik sebanding kereta coupe bersama dengan garis badan ombak, cermin titisan air, bumbung kaca panorama dan lampu belakang LED mencerminkan keanggunan semula jadi ombak dan gunung-ganang.

Beralih kepada ruang dalamannya, Seal telah didatangkan dengan dalaman kereta berwarna Hitam Thaumas serta penukar gear kristal menambah sentuhan kemewahan, menghidupkan ciri Ocean Aesthetics yang sebenar. Selain itu, skrin sentuh berputar 15.6 inci di tengah-tengah kabin, memberikan pemandu antara muka intuitif bagi petunjuk arah, hiburan dan penetapan kenderaan.

Dengan hashtag #SealTheSpeed, Seal ini didatangkan dengan sejumlah 4 warna, termasuk Atlantis Grey, Aurora White, Cosmos Black dan Arctic Blue (eksklusif untuk varian Performance). BYD Seal boleh didapati dalam versi Premium RWD dan Performance AWD, bermula daripada RM179,800 dan RM199,800 (on-the-road tanpa insurans).

Pengecas wallbox percuma dan kredit cas Gentari atau ChargEV bernilai RM800 secara percuma akan diberikan kepada 800 tempahan pertama. BYD dan Sime Darby Motors juga telah memperkenalkan perkembangan terkini tentang dua pakej servis menyeluruh iaitu pakej Standard dan Plus.

Di samping itu, BYD Seal turut menawarkan pakej waranti yang menyeluruh termasuk waranti kenderaan 6 tahun atau 150,000 km, waranti bateri hebat selama 8 tahun atau 160,000 km dan waranti unit pemacu yang setanding untuk tempoh 8 tahun atau 150,000 km.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD