NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

800 Unit BYD Seal Telah Berjaya Dijual Selepas 2 Hari Pelancaran

800 Unit BYD Seal Telah Berjaya Dijual Selepas 2 Hari Pelancaran

Sime Darby Motors telah melancarkan sebuah model baharu iaitu BYD Seal beberapa hari yang lepas iaitu pada 22 Februari di The Exchange TRX, Kuala Lumpur. Lebih mengejutkan, hanya selepas dua hari pelancarannya, model ini telah berjaya dijual lebih dari 800 unit.

Dengan hashtag #SealTheSpeed, Seal ini didatangkan dengan sejumlah 4 warna, termasuk Atlantis Grey, Aurora White, Cosmos Black dan Arctic Blue (eksklusif untuk varian Performance). BYD Seal boleh didapati dalam versi Premium RWD dan Performance AWD, bermula daripada RM179,800 dan RM199,800 (on-the-road tanpa insurans).

Untuk makluman semua, pengecas wallbox percuma dan kredit cas Gentari atau ChargEV bernilai RM800 secara percuma akan diberikan kepada 800 tempahan pertama. Disebabkan sambutan yang positif dan menggalakkan telah diterima untuk model ini, BYD Malaysia telah menambah lagi 300 unit pengecas wallbox percuma dan kredit cas Gentari atau ChargEV kepada tempahan seterusnya.

Di samping itu, BYD Seal turut menawarkan pakej waranti yang menyeluruh termasuk waranti kenderaan 6 tahun atau 150,000 kmwaranti bateri hebat selama 8 tahun atau 160,000 km dan waranti unit pemacu yang setanding untuk tempoh 8 tahun atau 150,000 km.

Para pelanggan yang berminat bolehlah berkunjung ke bilik pameran BYD terdekat atau boleh membuat tempahan secara online di laman web rasmi BYD Malaysia.

 

Sumber : Careta 

 

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD