NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Hampir 6,500 Tempahan CR-V 2024 Diterima dalam Masa 2 Bulan

Hampir 6,500 Tempahan CR-V 2024 Diterima dalam Masa 2 Bulan

Honda Malaysia telah mengumumkan bahawa sehingga 22 Februari lalu, mereka telah menerima tempahan hampir 6,500 tempahan pelanggan untuk model CR-V generasi baharu yang telah dilancarkan secara rasmi ke dalam pasaran Malaysia pada 14 December 2023 yang lalu. Daripada jumlah tersebut, 1,500 unit telah berjaya dihantar kepada pelanggan.

Kredit Imej : Paultan

Semasa sesi pandu-uji media CR-V 2024 pagi tadi, Honda Malaysia telah berkongsi dari data jualan yang mereka perolehi bahawa varian yang paling laris adalah varian 1.5L Turbo V di mana 45% dari keseluruhan pelanggan telah memilih varian ini untuk ditempah.

Seterusnya diikuti dengan 1.5L E sebanyak 30% dan varian paling murah iaitu 1.5L S sebanyak 11% secara keseluruhan. Tidak dilupakan bagi varian hibrid 2.0L e:HEV yang harga rasminya baru sahaja diumumkan pada bulan lepas, sebanyak 14% dari jumlah tempahan keseluruhan.

Beralih kepada pilihan warna, kebanyakan pelanggan-pelanggan CR-V generasi baharu ini memilih warna Canyon River Blue Metallic sebagai pilihan dengan sebanyak 36% tempahan. Diikuti dengan Platinum White Pearl sebanyak 24%, Meteor Grey Metallic sebanyak 23%, Lunar Silver Metallic sebanyak 9% dan yang paling rendah adalah Ignite Red Metallic sebanyak 8%.

Kredit Imej : Paultan

Bagi varian 1.5L turbo S telah dijual pada harga RM159,9001.5L E Turbo pada harga RM169,900 dan 1.5L V AWD pada harga RM181,900 atas jalan tidak termasuk insurans. Berbanding dengan varian 1.5L V AWD, harga jualan bagi varian e:HEV RS ini adalah RM14,000 lebih mahal iaitu RM195,900.

 

Sumber : Paultan

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy