Volvo C40 Recharge 2024 Kini Diberi Peningkatan Baru, Harga Masih RM289,000

Beberapa peningkatan baru telah diumumkan oleh Volvo Car Malaysia (VCM) bagi model C40 Recharge untuk pasaran Malaysia. Antara peningkatan paling besar adalah pek bateri yang lebih besar di mana sebelum ini hanya 78 kWh dan kini dinaik taraf kepada 82 kWh.

Crossover kompak berkuasa elektrik ini kini mampu untuk bergerak sejauh 550 km, berbanding pada sebelum ini yang hanya 450 km sahaja. Dari segi pengecasan, bateri baru ini boleh menerima pengecas pantas DC sehingga 200 kW dan hanya dalam masa 28 minit, pengecasan bateri mampu naik dari 10% hingga 80%.

Selain itu, C40 Recharge 2024 ini juga didatangkan dengan 2 motor elektrik di mana output motor hadapan kini berkuasa 159 Ps dan output motor belakang kini berkuasa 249 Ps, menjadikan kuasa keseluruhan masih kekal 408 Ps.

Selain dari peningkatan enjin dan bateri, ia juga kini menerima rim 19 inci baru yang berwarna Vapour Grey dan turut didatangkan dengan lampu utama LED projektor matriks yang mempunyai fungsi lampu tinggi adaptif.

Harga jualan bagi Volvo C40 Recharge 2024 ini masih kekal sama iaitu bermula dari RM288,888 (on-the-road tanpa insurans) walaupun telah menerima beberapa peningkatan baharu yang telah disenaraikan di atas. Jaminan kenderaan selama 5 tahun tanpa had mileage, jaminan bateri 8 tahun atau 160,000 km, pakej servis 5 tahun atau 100,000 km serta bantuan tepi jalan selama 5 tahun bakal diberikan kepada pemilik model C40 Recharge ini.

Bagi yang berminat, anda boleh membuat tempahan secara atas talian di laman web rasmi Volvo Malaysia dan mendapat rebat RM10,000 bagi setiap tempahan model C40 Recharge ini bermula sekarang sehingga 31 Mac 2024 atau berkunjung ke bilik pameran terdekat anda.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD