passionately driven

Bermaz Auto Alliance Hentikan Penjualan Kereta Peugeot

Bermaz Auto Alliance (BAA)  telah mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan operasi perniagaan serta pengurusannya berkenaan jenama kenderaan Peugeot yang telah berkuat kuasa semalam, 29 Februari 2024.

Ia telah ditubuhkan tiga tahun yang lepas bagi menguruskan pengedaran, jualan dan servis selepas jualan kenderaan Peugeot di Malaysia dan sebagai pembaik pulih sah untuk jenama Citroen dan model DS.

Hal ini berikutan dengan pengumuman dan keputusan yang telah dikeluarkan oleh Stellantis N.V pada 22 November 2023 yang lalu bahawa beliau ingin menguruskan jenamanya di pasaran Malaysia melalui syarikat jualan nasionalnya sendiri.

Susulan dari pengumuman tersebut, BAA tidak lagi dapat meneruskan perkhidmatan mereka kepada pelanggan Peugeot dan merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua pelanggan di atas sokongan mereka sepanjang tempoh BAA beroperasi.

Program Penyelenggaraan Perkhidmatan Percuma (FSM) juga bakal dipindahkan kepada Stellantis N.V secara keseluruhan dan semua FSM yang akan datang bakal diuruskan melalui rangkaian yang telah dilantik oleh Stellantis N.V.

Pelanggan boleh merujuk kepada Stellantis N.V atau menghubungi nombor bebas tol sokongan pelanggan mereka di 1800-18-7852 atau e-mel kepada customersupport.my@stellantis.com untuk sebarang maklumat dan info terkini mengenai jenama Peugeot.

 

Sumber : Careta

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD