passionately driven

Kereta Lumba S70 R3 Bakal Bertempur di Sepang 1000KM 2024

Proton telah mengeluarkan satu kenyataan terbaharu semalam di mana mereka bakal menyertai semula dalam perlumbaan Sepang 1000 km (S1k) pada tahun ini setelah sekian lama menyepi dari bertempur dalam perlumbaan tersebut.

Dengan menggunakan asas model sedan baharu Proton yang telah dilancarkan pada tahun lepas iaitu S70, divisyen R3 Motorsports yang kini berada di bawah naungan Proton Global Services (PGS) akan memberikan tumpuan utama bagi membangunkan kereta lumba khas Proton S70 R3.

Dengan penyertaan S70 R3 dalam perlumbaan S1K pada tahun ini, pihak R3 Motorsports mengharapkan jualan produk minyak pelincir berprestasi tinggi R3 yang telah dilancarkan sebelum ini akan meningkat.

Kredit Imej : Paultan

Setakat ini, masih tiada perincian lanjut tentang spesifikasi terperinci jentera S70 R3 ini, namun sudah pasti pihak R3 Motorsports bakal mengikut undang-undang yang telah ditetapkan bagi kategori M Production (MTC) untuk membina kereta lumba S70 R3 ini.

Menurut kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh CEO Proton, Roslan Abdullah, seperti model sebelum ini iaitu Saga R3, Iriz R3 dan X50 R3 yang hanya menampilkan peningkatan dari segi kosmetik semata-mata, model produksi jalan raya S70 R3 pada kali ini bakal menampilkan kuasa dan juga prestasi lebih baik dari versi S70 sedia ada seperti ketika zaman keemasan pasukan tersebut iaitu Satria R3 dan Satria Neo R3 Lotus Racing.

Kredit Imej : Theophilus Chin

Sama-sama kita nantikan perincian lanjut tentang spesifikasi jentera S70 R3 yang bakal berlumba di S1K pada tahun ini.

 

Kredit Imej : Theophilus Chin / @theottle

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD