passionately driven

80% Pembeli Proton dan Perodua Pilih Pinjaman 9 Tahun

Kira-kira 80 peratus pembeli kereta Proton dan Perodua memilih tempoh pinjaman sehingga sembilan tahun menurut laporan dari Bank Pelaburan, AmInvestment Bank. Dalam satu nota penyelidikan yang dikeluarkan, demografi berpendapatan sederhana hingga yang lebih rendah memilih Proton dan Perodua sebagai pilihan utama kenderaan mereka. Tidak cuma itu, malah dikatakan kenderaan sedemikian dibeli hanya sekadar untuk keperluan pengguna dan bukannya kemahuan pengguna.

“Perkara yang menjadi keutamaan kepada mereka adalah bayaran ansuran bulanan. Baki keseimbangan kewangan mereka adalah kadar faedah sedia ada. Rakyat biasa memantau dengan rapat OPR (Kadar Dasar Semalaman) memandangkan keadaan kewangan mereka adalah sejajar dengannya. Ia adalah antara faktor yang tidak boleh terlepas pandang oleh kerajaan sekarang. Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar OPR tidak berubah pada 3.0 peratus sejak Mei tahun lalu,” katanya.

Ketika ini, permohonan dan kelulusan untuk pinjaman kereta mengekalkan kadar yang kukuh, terutamanya untuk model Myvi. Hal ini kerana, penghantaran yang tertunggak pada tahun sebelumnya dan kebimbangan yang berlanjutan terhadap potensi kenaikan seterusnya OPR telah membuatkan pembeli tergesa-gesa untuk memiliki kereta.

Selain itu, pembelian untuk kenderaan terpakai juga masih tinggi dan tidak menunjukkan sebarang kesan. Hal ini disebabkan oleh beberapa pengeluar menghadapi masalah rantaian bekalan, mengakibatkan pengeluaran yang lebih rendah sekali gus menyebabkan permintaan yang berlebihan ke dalam segmen kereta terpakai.

“Jualan adalah kukuh, tetapi kebanyakannya untuk segmen kereta mampu milik, terutamanya buatan Jepun dan domestik. Malah, trend ketika ini juga menunjukkan pembeli mengelak pembelian kereta dengan kapasiti enjin yang besar. Ini mungkin disebabkan kebimbangan mengenai rasionalisasi subsidi bahan api,” katanya.

Berdasarkan pemerhatian di bilik pameran kereta, pembeli telah menunjukkan minat terhadap kenderaan elektrik bateri (BEV) dengan ada di antara mereka yang telah berkira-kira mengenai penjimatan bahan api berbanding kos elektrik. Tidak dapat dinafikan terutamanya dalam kalangan golongan T10 yang hanya melihat kenderaan seperti ini sebagai ‘kereta mainan’ yang sesuai digunakan semasa hujung minggu.

“Daripada semua EV (kenderaan elektrik) yang dibeli, pelanggan memilih tempoh pinjaman selama lima tahun, malah ada sebahagian yang membayar secara tunai, iaitu perkara biasa yang dibuat oleh golongan elit T1. Tambahan pula, pelbagai pengecualian cukai seperti duti eksais, cukai jualan dan cukai jalan menjadikan BEV sesuatu yang berbaloi untuk dimiliki oleh golongan elit,” katanya.

 

Sumber : Berita Harian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD