Pembelian 2,000 Pertama Omoda E5 Bakal Nikmati Pakej Eksklusif Bernilai RM11,000

Bermula dari semalam, 8 Mac hingga Ahad ini, 10 Mac, Chery Malaysia menjemput orang ramai untuk merasai sendiri pengalaman memandu Omoda E5 di mana-mana ruang pameran Chery seluruh negara.

Omoda E5 ini didatangkan dengan sejumlah 4 warna, termasuk Aqua Green, Khaki White, Phantom Grey dan Dark Black dengan harga RM146,800. Pakej eksklusif bernilai RM11,000 akan diberikan kepada 2,000 tempahan pertama yang menempah model ini.

Pakej eksklusif tersebut termasuk dengan Pengecas Dinding Percuma (bernilai RM3500), Pengecas Vehicle-to-Load (V2L) Percuma (bernilai RM500), dan Kredit Pengecas Percuma (bernilai RM1000) yang boleh ditebus di semua 474 kemudahan pengecasan EVC di seluruh Malaysia.

Selain itu, memiliki kereta elektrik baru menjadi lebih mudah dengan Kadar Faedah Rendah Eksklusif Maybank 2.08% (bernilai RM6000) untuk pelanggan yang membeli OMODA E5. Tawaran istimewa ini direka untuk menjadikan pemilikan kereta impian anda lebih mudah, memastikan anda menikmati kemewahan dan penjimatan yang terbaik.

Di samping itu, Chery Malaysia turut menawarkan pakej waranti yang menyeluruh termasuk waranti kenderaan 7 tahun atau 150,000 kmjaminan bateri hebat selama 8 tahun atau 160,000 km dan waranti unit pemacu yang setanding untuk tempoh 8 tahun atau 160,000 km.

Chery Malaysia juga menawarkan Pertukaran Bateri Satu-dengan-Satu jika keadaan kesihatan bateri jatuh di bawah 70% semasa tempoh jaminan. Orang ramai yang berminat boleh berkunjung ke ruang pameran terdekat anda di seluruh negara untuk maklumat lebih lanjut tentang tawaran pakej eksklusif tersebut.

Untuk perincian lanjut mengenai Omoda E5, anda boleh baca di sini.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD