Volkswagen Touareg R-Line Serba Baharu Dilancarkan ke Pasaran Malaysia

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah memperkenalkan secara rasmi model baharu mereka iaitu Touareg R-Line yang bakal dilancarkan tidak lama lagi ke dalam pasaran Malaysia. SUV Flagship ini bakal dipasang secara tempatan (CKD) dan harga yang ditawarkan adalah RM469,990 termasuk Pakej Jaminan Volkswagen (VAP).

Sejak Touareg generasi pertama dan kedua memasuki pasaran Malaysia satu ketika dahulu, ini merupakan model generasi ketiga. Sebanyak 1.14 juta unit telah dijual di seluruh dunia, menjadikan ia sebagai model SUV paling popular dalam rangkaian kenderaan Volkswagen.

Touareg ini didatangkan dengan enjin petrol 3.0 liter V6 TSI yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 340 Ps dan 450 Nm. Dengan transmisi automatik dengan lapan kelajuan bagi model SUV baharu ini, sistem pacuan semua roda masih dikekalkan 4Motion.

Apa yang baharu pada model facelift kali ini adalah reka bentuk gril yang telah direka semula untuk nampak lebih sporty, turut hadir bersama kemasan R-Line, lampu depan LED dengan lampu nyalaan siang (DRL) yang lebih garang dan intake hadapan yang lebih rendah serta lebar. Logo Volkswagen di belakang juga berlampu merah, menjadikan ia yang pertama kerana ciri ini hanya ditawarkan di pasaran China dan Amerika Syarikat sahaja.

Touareg juga bakal menjadi model pertama dari Volkswagen yang mempunyai ciri keselamatan Night Vision, di mana ia dapat membantu memberikan pandangan yang lebih baik pada waktu malam kepada pemandu. Selain itu, Adaptive Cruise Control ACC (dengan Stop & Go), Area View, Autonomous Emergency Braking Front Assist, Automatic Post-Collision Braking, Lane Assist/Lane keeping, Park Assist, Side Assist dengan Rear Cross Traffic Alert, Advanced driver attention & drowsiness monitor dan Tyre Pressure Monitoring System.

Bukan cuma itu, Touareg generasi terbaharu ini juga menjadi model Volkswagen pertama yang ditawarkan dengan ciri Bantuan Lintasan Trafik Hadapan (Front Cross Traffic Assist), di mana ia menggunakan radar untuk memantau trafik dari kedua-dua arah ketika berada di simpang jalan.

Model ini didatangkan dengan 5 pilihan warna iaitu biru (Lapiz Blue), kelabu (Silicon Gray), hitam (Grenadilla Black), putih (Oryx White) dan perak (Dolomite Silver). Pakej Jaminan Volkswagen (VAP) yang merangkumi penyelenggaraan percuma, jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan percuma selama 5 tahun.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD