passionately driven

Proton X90 Rasmi Dilancarkan di Bangladesh

Model SUV Proton, X90 telah dilancarkan secara rasmi di Bangladesh pada 29 Februari lalu. Turut hadir bersama bagi merasmikan acara itu adalah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Republik Rakyat Bangladesh, Haznah Md. Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong, dan Pengarah Urusan Kumpulan, RANCON Holdings Berhad, pengedar eksklusif dan rakan kongsi perniagaan PROTON di Bangladesh, Romo Rouf Chowdhury.

Varian yang ditawarkan untuk pasaran Bangladesh adalah Flagship dan Premium dan ini merupakan eksport keempat bagi model itu. Kurang dari 2 minggu model tersebut telah dilancarkan, 25 unit telah didaftarkan bersama dengan lebih banyak tempahan yang telah disahkan dalam perancangan model Proton yang lain iaitu X70.

Selain itu, Proton turut yakin dengan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) pertama mereka dapat mencipta niche pasaran sebelum operasi pemasangan tempatan (CKD) bermula akhir tahun ini.

Dr Li Chunrong berkata, “PROTON yakin RANCON Holdings adalah rakan kongsi yang sempurna untuk PROTON berjaya di Bangladesh.

“Dengan lebih banyak tawaran dalam perancangan, serta komitmen kami untuk menyokong semua aspek perkongsian, kami menyasarkan untuk menjadi jenama 3 teratas di Bangladesh dalam tempoh tiga tahun.”tambahnya.

Antara komponen penting bagi Proton untuk mencapai sasaran tingginya di Bangladesh adalah melalui penubuhan barisan pemasangan. Dengan adanya penubuhan kilang baru, ia bakal menggalakkan pembangunan pekerja tempatan mahir sambil membangkitkan ekosistem vendor melalui pemindahan teknologi.

Bagi memastikan output sepadan dengan kualiti kenderaan yang dibina di Tanjung Malim, piawaian pengeluaran yang ketat bakal dilaksanakan dan dijangka akan bermula seawal tahun 2024.

Menurut Dr Li Chunrong, “Untuk memastikan kualiti produk di pasaran eksport yang dipasang secara tempatan adalah setara dengan kenderaan yang dibina di Malaysia, PROTON bersandar pada pengalamannya manggunakan Volvo Global Quality Standard”.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD