passionately driven

Chery Tiggo 7 Pro Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi, Pendaftaran Minat Telah Dibuka

Chery Malaysia telah membuat satu hantaran di mana mereka mengumumkan bahawa SUV segmen-C, Chery Tiggo 7 Pro bakal dilancarkan tidak lama lagi ke dalam pasaran Malaysia. Berikutan dengan berita ini, pendaftaran minat (ROI) untuk pelanggan yang berminat dengan model ini telah dibuka oleh Chery pada pautan ini.

Model-model seperti Proton X70, Honda CR-V dan juga Mazda CX-5 bakal mendapat saingan yang hebat apabila Tiggo 7 Pro ini dilancarkan kelak. Tiggo 7 Pro ini berukuran 4,513 mm panjang dan 1,862 mm lebar, iaitu hampir sama dengan panjang sebenar X70.

Media tempatan telah dapat melihat model ini pada Oktober 2022 lagi dan pada Januari tahun ini, model ini dilihat di atas jalan. Seperti dua model awal Chery yang dilancarkan sebelum ini iaitu Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro, Tiggo 7 Pro ini juga akan terus hadir dalam versi pemasangan tempatan (CKD) yang dipasang menerusi kilang di Kulim, Kedah.

Kredit Imej : Paultan

Beberapa perincian tentang Tiggo 7 Pro telah disahkan oleh Chery Malaysia ketika pembentangan rancangan perniagaan 2024 untuk pasaran Malaysia. Antaranya ialah ia bakal hadir dalam versi enjin pembakaran dalaman sepenuhnya dan menampilkan enjin 1.6 liter 4 silinder turbo berkuasa yang mampu menghasilkan 197 Hp dan 290 Nm tork, bersama kotak gear klac berkembar automatik tujuh kelajuan.

Pecutan dari 0-100 km/j boleh dicapai dalam masa 8.3 saat sahaja. Selain itu, rim aloi 18-inci, sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) dengan 17-fungsi, Android Auto dan Apple CarPlay sambungan tanpa wayar, bumbung suria panaromik dan liang pengudaraan pada tempat duduk hadapan bakal ditawarkan bagi model pasaran Malaysia ini.

Seperti model-model terkini Chery, kamera pemantau 540 darjah, sistem audio Sony dengan lapan pembesar suara dan juga dua buah skrin berkembar untuk sistem infotainmen dan paparan instrumen digital penuh keseluruhannya bersaiz 25.6-inci juga bakal diterima oleh model Tiggo 7 Pro ini.

Berapakah anggaran harga bagi model Segmen-C kategori SUV ini? Sama-sama kita nantikan pada pelancarannya kelak.

 

Sumber : Paultan

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD