NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Hafizh Syahrin Akhiri Perlumbaan ARRC Dengan Naib Juara

Hafizh Syahrin Akhiri Perlumbaan ARRC Dengan Naib Juara

Hafizh Syahrin Abdullah, Pelumba Johor Darul Ta’zim (JDT) Racing Team, berjaya menamatkan perlumbaan Asia Road Racing Championship (ARRC) di Litar Antarabangsa Chang, Thailand musim ini dengan memenangi kedudukan podium.

Perlumbaan kedua kelas ASB1000 yang berlangsung di Buriram pada Ahad lalu telah berjaya ditamatkan pada kedudukan kedua oleh pelumba berusia 29 tahun itu.

Perlumbaan diungguli oleh Hafizh Syahrin menggunakan jentera Ducati di petak ketiga namun pada pusingan kelapan daripada 13 pusingan, Andi Farid Izdihar, Honda Dream Asia Racing Team with Astemo, telah berjaya memintas dan seterusnya menjuarai perlumbaan ini pada garisan penamat.

Kredit Imej : FB JDT Racing Team

Menerusi catatan masa 1:36:123 saat, Hafizh Syahrin berjaya mendapatkan Naib Juara manakala Andi Farid berjaya mencatat masa dengan 0.151 saat di hadapan.

Tidak dilupakan, Nakarin Atiratphuvapat, seorang lagi pelumba dari Honda Dream Asia Racing Team with Astemo dari Thailand yang berjaya mendapatkan tempat ketiga pada akhir perlumbaan.

 

Sumber : Sinar Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy