passionately driven

Pusat Pameran Chery di Kota Kinabalu, Sabah Kini Dibuka

Chery Malaysia telah mengumumkan pembukaan baru pusat pameran dan pusat servis Chery di Kota Kinabalu, Sabah yang telah dioperasikan oleh rakan pengedar mereka di Malaysia iaitu Universal Chery Sdn Bhd.

Berkeluasan sebanyak 1,400 meter persegi, fasiliti yang menampilkan pusat pameran, pusat servis dan alat jualan ganti baru ini terletak di Lot 7, Jalan Limau Manis Off, Jalan Lintas Inanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah. Para pelanggan boleh melihat secara dekat kenderaan yang diminati dan ruang menunggu yang selesa semasa menunggu kenderaan mereka di pusat servis.

Dijangkakan pusat servis ini mampu menyelenggara sehingga 830 buah kenderaan setiap bulan dan turut didatangkan dengan 8 ruang servis yang diuruskan oleh juruteknik terlatih Chery.

“Kami sangat berbesar hati untuk menetapkan kehadiran kami di Sabah, dengan itu memperluaskan rangkaian kami di seluruh Malaysia, memberikan peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memiliki rangkaian kenderaan kami,” kata Naib Presiden Chery Malaysia, Lee Wen Hsiang ketika melancarkan pusat tersebut.

“Dengan pembukaan pusat pameran dan servis di Kota Kinabalu, ini seterusnya menunjukkan komitmen kami di Chery Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan yang luar biasa dan kemudahan kepada pelanggan kami di Sabah. Kami juga ingin memperkenalkan jenama kami kepada lebih ramai pelanggan terutamanya di Sabah untuk memandu uji dan mengenali dengan lebih dekat lagi kenderaan Chery,” tambahnya lagi.

Pusat pameran Chery ini dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 6 petang (Isnin – Jumaat), 8.30 pagi hingga 4 petang (Sabtu) dan dari 10 pagi hingga 3 petang (Ahad dan Cuti Umum). Manakala bagi pusat servis pula dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang (Isnin – Jumaat), 8 pagi hingga 3 petang (Sabtu) dan ditutup pada setiap hari Ahad dan Cuti Umum.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD