passionately driven

Petron Malaysia Anjurkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Menjelang Hari Raya

Petron Malaysia telah bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Applecrumby, NESQ, Farm Fresh dan snskidz untuk melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya bagi menggalakkan kesedaran keselamatan jalan raya di stesen minyak Petron yang terpilih sempena Hari Raya Aidilfitri.

Kempen ini telah dilancarkan semalam pada 4 April di Petron MRR2 Safari dan sepanjang tempoh perayaan ini, Petron Malaysia turut akan giat menjalankan kempen ini di dua buah lagi stesen minyak Petron yang lain iaitu di Petron Bukit Lanjan Arah Utara dan Petron Sg. Besi Tol Arah Selatan, bagi meliputi trafik ke arah utara dan selatan.

Selain itu, sumbangan lebih daripada 100 pek 1 liter minyak hitam motosikal Petron turut berjaya diagihkan kepada semua pelanggan Petron P-Miles di ketiga-tiga stesen minyak.

Saya menggesa masyarakat untuk mematuhi undang-undang jalan raya, terutamanya dengan  peningkatan aliran trafik pada musim perayaan ini. Objektif ini sejajar dengan pelaksanaan Op Selamat 22 oleh PDRM sempena sambutan Aidilfitri yang bermula dari 8 April hingga 13 April 2024 bagi memastikan masyarakat sampai ke destinasi dengan selamat semasa perjalanan balik ke kampung,” kata Ketua Polis Selangor, Komisioner Polis Datuk Hussein Omar Khan.

Pihak JPJ turut sama terlibat dengan menyumbangkan topi keledar motosikal kepada kanak-kanak yang terpilih dari kawasan kejiranan, bagi menekankan tentang kepentingan penggunaan topi keledar untuk penunggang motosikal.

snskidz turut bekerjasama dengan MIROS (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia) dan Child Occupant Safety Instructor (COSI) untuk menjalankan pemeriksaan kerusi keselamatan kanak-kanak secara percuma dan turut mengagihkan kerusi keselamatan kanak-kanak kepada ibu bapa yang memerlukannya.

NESQ juga memberikan sampel kopi kelasik secara percuma kepada 20 pelanggan terawal menggunakan cawan kertas mesra alam Go-To-Safety-Point (GTSP) Petron dan Farm Fresh telah menyumbangkan dua produk susu popular mereka iaitu Yarra by Farm Fresh, susu UHT serta serbuk Farm Fresh Grow dalam uncang 30g untuk kemudahan keluarga yang balik ke kampung bersama anak kecil.

Manakala untuk 500 pelanggan terawal di ketiga-tiga stesen minyak Petron yang terpilih akan mendapat sampel pek lampin PureBasics dari Applecrumby, sementara stok masih ada.

“Petron Malaysia amat mengambil berat tentang keselamatan jalan raya. Pada hari ini, kami amat berbesar hati untuk memperluaskan advokasi ini kepada orang ramai melalui stesen minyak kami. Kami berharap dengan menekankan langkah-langkah keselamatan yang penting yang sering diabaikan, seperti mengambil rehat yang mencukupi semasa memandu jauh, dapat mengelakkan lebih banyak kemalangan jalan raya,” kata Shaliza Mohd Sidek, Ketua Perniagaan Runcit di Petron Malaysia.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD