NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

23,444 Unit Telah Berjaya Dijual oleh UMW Toyota pada Q1 2024 – Turun 7%

23,444 Unit Telah Berjaya Dijual oleh UMW Toyota pada Q1 2024 – Turun 7%

UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengumumkan prestasi jualan bagi bulan Mac iaitu sebanyak 9,688 unit berjaya dijual di mana ianya terdiri daripada 9,471 unit kenderaan Toyota dan 217 unit Lexus. Ini menjadikan jumlah jualan pada suku pertama 2024 setakat ini sebanyak 23,444 unit. Berbanding dengan jualan suku pertama tahun 2023 iaitu sebanyak 25,219 unit, jualan suku pertama pada tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 7%.

Selain itu, UMWT juga telah bekerjasama dengan  Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada bulan ini di mana mereka berjaya menyerahkan sebuah Toyota Mirai yang menggunakan hydrogen fuel-cell. Lebih membanggakan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri MOSTI, Chang Lih Kang juga berpeluang mencuba sendiri teknologi tersebut.

UMWT turut mengulas bahawa langkah tersebut adalah sebahagian daripada komitmen lebih meluas ke arah nuetraliti karbon, yang selari dengan Hydrogen Economy and Technology Roadmap (HETR) Malaysia.

“Di Toyota, kami percaya dalam menawarkan pelbagai pilihan ke arah neutraliti karbon, di mana kami menawarkan penyelesaian elektrifikasi yang termasuk tenaga alternatif bersih. Peranan kami melangkau pengilangan, dan melihat kami sebagai rakan dalam perjalanan Malaysia ke arah masa depan mapan dan mesra alam. Kami komited untuk terus memupuk dunia yang lebih mapan, hijau dan terhubungkan,” jelas Presiden UMWT, Datuk Ravindran K.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy