NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Jaecoo J7 Kini Telah Dibuka Untuk Pendaftaran – 2 Varian, Anggaran Harga Bermula RM150,000

Jaecoo J7 Kini Telah Dibuka Untuk Pendaftaran – 2 Varian, Anggaran Harga Bermula RM150,000

Model SUV off-road premium, Jaecoo J7 telah mula menerima pendaftaran minat mulai 10 April 2024. Bagi peminat SUV lasak premium ini, anda boleh berkunjung ke roadshow Jaecoo Premier Experience yang terletak di pusat beli-belah One Utama atau layari laman web rasmi Jaecoo Malaysia untuk mendaftarkan minat.

Berikutan mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai berkenaan model J7 ini, Jaecoo Malaysia telah mengumumkan anggaran harga bagi model ini iaitu di bawah RM200,000. Selain itu, dua varian bakal ditawarkan ke dalam pasaran Malaysia iaitu All-Wheel Drive (AWD) yang dianggarkan bermula dari RM160,000 dan Two-Wheel Drive (2WD) yang dianggarkan bermula dari RM150,000.

Empat pilihan warna bakal ditawarkan untuk penjualan iaitu Moonlight Silver (Kelabu), Carbon Crystal Black (Hitam), Khaki White (Putih) dan Model Green (Hijau). Berdasarkan jumlah pendaftran, Jaecoo Malaysia menganggarkan penghantaran kepada pelanggan akan dilakukan bermula suku ketiga tahun ini.

Pelanggan yang berminat boleh mula pandu uji model J7 ini pada bulan Mei setelah ia dilancarkan nanti. Walau bagaimanapun, untuk sebarang pertanyaan mengenai J7, para pelanggan boleh layari laman web rasmi Jaecoo Malaysia atau berkunjung ke Roadshow Jaecoo di One Utama. Sekiranya anda lupa, klik di sini. Kami ada butiran lengkapnya.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
  1. Where is the road show

2.7 Million+ Followers & Readers
© 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
Privacy Policy Cookie Policy