NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

smart #1 Kini EV Nombor Tiga Paling Laris Dalam Segmen SUV EV Premium

smart #1 Kini EV Nombor Tiga Paling Laris Dalam Segmen SUV EV Premium

smart Malaysia telah mengumumkan bahawa model EV pertamanya merupakan model nombor tiga terlaris dalam kelasnya iaitu segmen SUV EV premium yang telah dijual ke dalam pasaran Malaysia pada harga bermula RM180,000.

“Pencapaian ini mencerminkan permintaan yang semakin meningkat untuk penyelesaian mobiliti bandar di rantau ini dan mengesahkan semula matlamat smart untuk meletakkan dirinya sebagai peneraju dalam segmen EV premium,” kata CEO smart Malaysia, Zhang Qiang.

“Dengan hanya satu model dijual, berbanding pemain utama lain dalam industri, kami telah mencapai kejayaan ini. Ini membuktikan kepercayaan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan kami, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan setia kami,” tambahnya lagi.

smart Malaysia turut berkongsi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pasaran EV di Malaysia telah melonjak naik dengan jumlah jualan EV mencapai sebanyak 3,079 unit pada tahun 2022 kepada 11,624 unit pada tahun 2023. Ini turut disertai dengan peningkatan ketara dalam bahagian pasaran iaitu meningkat dari 0.43 peratus kepada 1.45 peratus.

smart Malaysia telah melancarkan tiga varian iaitu Pro, Premium dan Brabus ke dalam pasaran Malaysia pada November 2023 dan mereka berjaya mencatat prestasi yang luar biasa dalam segmen SUV EV Premium dengan 100 unit berjaya terjual dalam tempoh satu bulan, sekaligus mencatat rekod jualan yang baharu.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy