passionately driven

Perodua Pamer Prototaip EV Pertama di Malaysia Autoshow 2024: Myvi Conversion eMo-1

Perodua telah mempamerkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertama yang dikenali sebagai Myvi Conversion eMo-1 kerana menggunakan model Myvi sebagai asas bagi untuk membangunkan teknologi elektriknya.

Tiga komponen utama telah digunakan untuk membina prototaip EV tersebut iaitu bangku pengujian kuasa (power bench), rangkaian penggerak kuasa (power converter) dan rekaan keseluruhan rangkanya yang dibuat di Malaysia. 

Selain itu, proses pembangunan bangku pengujian kuasa ini dibuat oleh Perodua dengan kerjasama dari tiga universiti tempatan iaitu Universiti Tenaga Nasional, Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Putra Malaysia.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad, “Kami memilih Perodua Myvi sebagai model pilihan bagi projek ini kerana ia adalah model kereta kami yang telah memenangi hati kebanyakan rakyat Malaysia.

“Walaupun rupa sebenar EV kami berbeza daripada apa yang dipamerkan di sini, tetapi yakinlah bahawa kereta elektrik Perodua bakal membuat kemunculan dalam pasaran.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengumumkan bahawa harga jualan bagi model EV keluaran Perodua dianggarkan di antara RM50,000 sehingga RM100,000.

Orang ramai yang berminat untuk melihat sendiri model prototaip EV keluaran Perodua ini boleh berkunjung ke Malaysia Autoshow 2024 di MAEPS, Serdang.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD