NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Tempahan Bagi GWM Tank 300 Telah Dibuka di Malaysia – Jangkaan Harga RM250,000

Tempahan Bagi GWM Tank 300 Telah Dibuka di Malaysia – Jangkaan Harga RM250,000

Great Wall Motor (GWM) Malaysia telah membuka tempahan untuk model SUV off-road mereka iaitu Tank 300 dan dijangka akan dilancarkan ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Syarikat itu turut mengumumkan penghantaran bagi model ini akan bermula pada Julai tahun ini.

Dianggarkan berharga sekitar RM250,000, model ini akan dibawa masuk secara import sepenuhnya dari China (CBU) dan akan ditawarkan versi bukan hybrid dengan enjin 2.0 liter turbo empat-silinder sebaris petrol untuk jualan di Malaysia.

Dengan kapasiti enjin 2.0 liter turbo, ia mampu menjana kuasa sehingga 220 Ps dan 380 Nm tork berserta transmisi automatik lapan-kelajuan bersama dual-speed dan sistem pacuan empat-roda electronically-controlled part-time.

Selain itu, Tank 300 turut dilengkapi dengan 9 mod pemanduan termasuk sistem all-terrain control, sudut ramp 23.1° dan gradability maksimum 70% bersama kebolehan mengharungi kedalaman maksimum 700 mm.

Beralih kepada ruang dalaman, ia lengkap dengan kluster instrumen digital 12.3-inci, skrin sesentuh 12.3-inci, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto support, upholstery kulit Nappa, sistem bunyi Infinity bersama sembilan pembesar suara, pendingin hawa automatik dan dua lapisan kaca akustik (untuk tambah baik tahap NVH di dalam kabin) serta banyak lagi.

Berdasarkan pemerhatian kami di Malaysia Autoshow 2024, GWM telah mempamerkan Tank 300 yang penuh dengan kelengkapan dari segi teknikal dan rekaan luaran. Namun, ia hanyalah sekadar tayangan dan bukanlah unit sebenar yang akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy