NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Proton X50 2024 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Diskaun Sehingga RM14,500, Datang Dengan Ciri Tambahan Baru

Proton X50 2024 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Diskaun Sehingga RM14,500, Datang Dengan Ciri Tambahan Baru

Syarikat pengeluar kereta nasional, Proton, telah melancarkan Proton X50 2024 hari ini ke dalam pasaran Malaysia dengan beberapa ciri tambahan yang baru. Harga penjualan masih dikekalkan sama iaitu bermula dari RM 86,300 untuk varian Standard, RM93,300 untuk varian Executive, RM101,800 untuk varian Premium dan RM113,300 untuk varian Flagship.

Ciri Tambahan baru pada Proton X50 2024 adalah:

  1. Pintu but belakang berkuasa (powerboot)
  2. Aplikasi ProtonLink untuk semua varian
  3. Sistem infotainment bersaiz 10.3 inci berserta 3.3 lebih pixel (lebih laju)
  4. Penambah baikan lebih dari 20 NVH untuk keselesaan yang lebih optimum
  5. Kamera 360 darjah yang lebih jelas (3D)

Lebih menarik, Proton turut menawarkan pakej diskaun sehingga RM14,500 untuk 5,000 unit pembeli terawal di mana ia terdiri daripada diskaun sebanyak RM7,000, RM1,500 trade-in kereta (RM1,000 untuk kenderaan selain Proton) bersama dengan ciri tambahan berbaloi bernilai RM6,000.

Dengan 4 varian ditawarkan untuk jualan di Malaysia, Proton X50 kini didatangkan dengan 5 pilihan warna iaitu Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ocean Blue dan Passion Red.

Selain itu, waranti kenderaan selama 5 tahun (tanpa had perbatuan), pakej data sebanyak 1 GB setiap bulan selama 5 tahun, percuma servis buruh sebanyak 6 kali, kadar faedah pembiayaan dari 2.28% dan Proton Insurance Programme (PIP) akan diberikan kepada pelanggan yang membuat tempahan model ini.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy