passionately driven

Cukai Jalan Kenderaan Elektrik (EV) 85 Peratus Lebih Murah Bermula 1 Januari 2026

Berkuat kuasa pada 1 Januari 2026, Kadar fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan motor tanpa pelepasan (ZEV) atau kenderaan elektrik bakal ditetapkan berdasarkan kuasa motor elektrik.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, telah mengumumkan hari ini bahawa kadar fi baharu adalah 85 peratus lebih rendah berbanding kadar sedia ada sekarang. Tambah beliau, untuk menggalakkan penggunaan kenderaan bebas asap, kadar fi akan disemak semula pada setiap 5 tahun dan kesannya kepada pendapatan kerajaan.

“Kadar fi LKM baharu yang ditetapkan hanya terpakai kepada ZEVs dalam kategori pure battery electric vehicle (PBEV) dan fuel cell electric vehicle (FCEV) sahaja.

“Jadi kita cari pendekatan pengiraan yang mudah dan ringkas berdasarkan kuasa motor elektrik bagi memastikan bayaran itu murah daripada kenderaan ICE,” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Pengangkutan (MOT) di sini pada Selasa.

Fi LKM kepada kenderaan motor elektrik (EV) telah dikecualikan oleh kerajaan sebelum ini mulai 1 Januari 2022 dan akan tamat pada 31 Disember 2025.

“Kadar fi akan meningkat selaras dengan kenaikan kuasa motor elektrik. Secara amnya, peningkatan kuasa motor elektrik akan mewakili peningkatan dalam harga belian, saiz, segmen dan berat kenderaan.

“Sebagai contoh, blok 1 adalah bagi ZEVs yang mempunyai kuasa motor elektrik dari 1 watt hingga 100,000 watt, blok 2 bagi ZEVs dengan kuasa motor elektrik antara 100,001 watt kepada 210,000 watt dan seterusnya,” katanya.

Untuk setiap blok, had minimum dan maksimum akan ditetapkan bagi mengelakkan peningkatan kadar fi LKM secara mendadak dari satu kumpulan kepada kumpulan seterusnya. Sebagai contoh, kadar fi minima LKM bagi blok 1 adalah RM20 manakala kadar maksima pula adalah RM70. Bagi blok 3, kadar fi minima adalah RM305 dan kadar fi maksima adalah RM575.

“Bagi menggalakkan transisi kepada kenderaan tanpa pelepasan karbon, kadar fi bagi kebanyakan kenderaan ZEVs adalah lebih rendah berbanding kadar fi LKM bagi kenderaan internal combustion engine (ICE) dalam lingkungan jenis badan kenderaan yang sama.

 

Sumber : Sinar Harian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD