Baru-baru ini salah seorang team kami iaitu Emmir Haziq telah dapat merasai sendiri pengalaman memandu Proton S70 varian Flagship X, sebuah sedan segmen-C berwarna Snow White (Putih) untuk pulang ke kampung sempena perayaan Hari Raya Aidiladha pada hujung minggu yang lalu di Kluang, Johor.
5 orang ahli keluarga termasuk Emmir Haziq dengan seorang kanak-kanak berusia 5 tahun dapat dimuatkan di dalam kereta sepanjang perjalanan pulang ke kampung. Dengan kapasiti boot space sebesar 500 liter, segala barang-barang persiapan termasuk beg bagasi, makanan dan lain-lain dapat dimuatkan dengan mudah ke dalam boot space.
Dengan isian minyak sebanyak RM80, tangki minyak Proton S70 berjaya dipenuhkan dan jarak lebih kurang 550 km sebelum memulakan perjalanan dari Sepang, Selangor. S70 didatangkan dengan 3 mod pemanduan iaitu Comfort, Eco dan Sport. Untuk penjimatan minyak, Emmir Haziq memilih mod pemanduan ECO semasa memandu pulang ke kampung.
Didatangkan dengan enjin 1.5 liter turbocaj, model ini mampu menjana kuasa sebanyak 150 PS dan 226 Nm tork. Selepas 4 jam memandu dan tersekat di Lebuhraya Utara-Selatan akibat trafik sesak, Emmir Haziq berjaya sampai ke kampungnya dengan berbaki jarak lebih kurang 200 km.
Walaupun penuh satu keluarga di dalam kereta, masih luas dan tidak sempit kerana S70 ini berukuran 4,602 mm panjang, 1,809 mm lebar dan 1,466 mm tinggi, dengan jarak antara roda 2,627 mm. Antara ciri-ciri lain yang ada termasuk dengan wireless charging, bumbung panoramik, meter kluster digital yang memaparkan tekanan tayar, jarak dan had kelajuan dan skrin infotainment bersaiz 10.25 inci berserta teknologi sistem arahan suara ‘Hi Proton’.
Dari segi sistem bantuan keselamatan, S70 lengkap dengan 12 penderia yang terdiri daripada kamera monokular, dua radar gelombang milimeter di belakang, sistem kamera 360 darjah dan lima penderia ultrabunyi. Selain itu, ia dibantu oleh ADAS yang terdiri daripada 13 komponen keselamatan (Hanya tersedia untuk varian Flagship dan Flagship X).
Secara rumusan, Proton S70 amat berbaloi lebih-lebih lagi untuk pemanduan jarak jauh berbanding dengan pemanduan di dalam bandar kerana berdasarkan pemerhatian kami, penjimatan minyak yang optimum dapat dirasai sewaktu pemanduan jarak jauh berbanding dengan di dalam bandar. Dengan harga sedan segmen-B, kini anda boleh mendapatkan lebih dari itu dengan Proton S70!