passionately driven

PANDU UJI: Range Rover Evoque, SUV Mewah yang Berkuasa!

Mungkin ramai yang teringin dan tertanya-tanya bagaimana perasaan memandu salah sebuah SUV paling mewah di Malaysia iaitu Range Rover. Istimewa pada kali ini kami akan kongsikan pengalaman kami memandu Range Rover Evoque 2024 varian P250 Dynamic HSE.

Untuk makluman, Range Rover Evoque 2024 ini baru sahaja dilancarkan ke dalam pasaran Malaysia pada Februari yang lalu dengan beberapa peningkatan dari segi rekaan dan telah diberikan sentuhan yang lebih segar.

Dari segi enjin, ia menggunakan enjin 2.0 liter Ingenium pengecas turbo empat-silinder petrol di mana untuk varian paling tinggi ini mampu menjana kuasa sebanyak 249 Ps dan 365 Nm tork dengan pecutan dari 0-100 km/j hanya dalam 7.6 saat.

RREVOQUE-NAZZNCO

Bagi feeling pemanduan enjin, kereta ini sangat comfort dan dengan mudah boleh mencapai kelajuan 140 km/j apabila memandu di highway. Walaupun sudah mencapai kelajuan yang tinggi, penumpang di dalam kereta tidak merasa sebarang tujahan kuasa yang melebih atau merbahaya. Malah, sangat senyap sehingga tidak sedar sudah mencapai kelajuan yang tinggi ketika memandu.

Bagi sistem brek, sepanjang kami menggunakannya, kami perhatikan sememangnya tiada masalah seperti kuat sangat mencengkam. Sistem brek yang sangat smooth dan mudah jika hendak memberhentikan kenderaan ketika sedang memandu.

Penggunaan minyak pula sederhana, tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi sangat. Untuk penggunaan minyak, kami menganggarkan untuk 100 km sekitar 2.1 liter sehingga 8.3 liter untuk penggunaan dalam bandar termasuk trafik jem, idling dan turun naik bukit.

Antara ciri-ciri lain yang ada termasuk pengecas tanpa wayar Qi, ruang simpanan yang lebih besar di belakang, gearknob baharu yang kelihatan seperti jet pejuang dan stereng yang diserlahkan dengan Moonlight Chrome. Dengan warna Corinthian Bronze, orang ramai tak berhenti melihat kereta kami di jalan raya dengan warna dan rekaannya yang sangat menyerlah.

RREVOQUE-NAZZNCO

Secara rumusan, tak banyak perubahan dari segi handling dan enjin pada Range Rover Evoque yang baharu ini tetapi ia lebih kepada teknologi dan rekaan. Untuk kami yang sememangnya masih tidak mampu lagi untuk membeli Evoque ini, sememangnya pengalaman pandu uji pada kali ini tak dapat dilupakan. Dengan harga jualan sebanyak RM565,800 (on-the-road tanpa insurans), kami rasa setiap inci kereta ini adalah berbaloi dan setanding dengan harga yang ditawarkan!

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD