passionately driven

Tiggo 7 Pro Kini Dilancarkan di Malaysia – Harga Bermula RM123,800, RM119,800 untuk 2000 Tempahan Pertama

Chery Auto Malaysia secara rasmi telah melancarkan model SUV terbaharu dari mereka iaitu Tiggo 7 Pro ke dalam pasaran Malaysia. Bakal ditawarkan dalam versi pemasangan tempatan (CKD), Tiggo 7 Pro ini bakal mengacau pesaing dalam segmennya apabila Chery mengumumkan harga penjualannya bermula dengan RM123,800 untuk satu varian sahaja.

Model ini berukuran 4,513 mm panjang, 1,862 mm lebar dan 1,696 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,670 mm.  Ia memiliki ruang penyimpanan barangan di belakang berkapasiti 475 liter dan meningkat hingga 1,672 liter sekiranya tempat duduk belakang dibaringkan.

Tiggo 7 Pro ini didatangkan dengan kapasiti enjin 1.6 liter turbocaj TGDi yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 197 Ps dan 290 Nm tork. Dengan transmisi dwikuasa dengan tujuh kelajuan bagi model SUV baharu ini, penggunaan bahan api dikekalkan pada 7.0 liter/100 km. Pecutan dari 0-100 km/j hanya dalam masa 8.3 saat dan kelajuan maksimum pada 205 km/j.

Untuk rekaan luaran, Chery masih mengekalkan rupa seperti Tiggo 7 Pro dengan saiznya dikecilkan sedikit. Walau bagaimanapun, perincian lain seperti lampu hadapan LED dengan lampu isyarat membelok jenis sequential, lampu nyalaan siang LED, lampu kombinasi belakang bersama lampu kabus LED, penderia hujan dan juga pintu tailgate belakang bantuan kuasa diberikan secara standard.

Beralih kepada rekaan dalaman, Tiggo 7 Pro dilengkapi dengan skrin berkembar integrasi 24.6 inci, sistem infotainment yang menyokong Apple Car Play dan Android Autosistem audio premium dari Sony yang hadir dengan 8 pembesar suara serta tidak dilupakan 64 pilihan palet warna untuk pencahayaan ambient di dalam.

Selain itu, pengecasan tanpa wayar sebanyak 50W yang hadir dengan sistem penyejukan aktif untuk mengurangkan suhu telefon semasa dalam proses pengecasan dan bumbung panoramik turut dihadirkan di dalam kereta.

Bagi sistem keselamatan pula, ia dilengkapi dengan 16 fungsi ADAS 2.5 sama seperti Omoda E5 iaitu :

  1. Front Collision Warning (FCW)
  2. Autonomous Emergency Braking (AEB)
  3. Adaptive Cruise Control (ACC)
  4. Lane Departure Warning (LDW)
  5. Multi Collision Brake (MCB)
  6. Traffic Jam Assistant (TJA)
  7. Door Open Warning (DOW)
  8. Rear Cross Traffic Braking (RCTB)
  9. Integrated Cruise Assist (ICA)
  10. Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  11. Rear Collision Warning (RCW)
  12. Lane Change Assist (LCA)
  13. Lane Departure Prevention (LDP)
  14. Lane Departure Reminder (LDR)
  15. Blind-spot Detection (BSD)
  16. Emergency Lane Keeping (ELK)

Ia ditawarkan dengan empat pilihan warna iaitu Platinum Grey, Carbon Black, Nasdaq Silver dan Khaki White with Black Roof dengan harga bermula RM123,800. Menariknya, waranti kenderaan selama 7 tahun atau 150,000 km, 5 tahun percuma servis buruh dan 7 tahun percuma servis menunda akan diberikan. Selain itu, Chery turut menawarkan harga eksklusif kepada 2,000 pelanggan pertama yang membuat tempahan iaitu hanya sebanyak RM119,800 sahaja.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD