Proton telah memperkenalkan jenama kenderaan elektrik (EV) mereka pada bulan lalu iaitu e.MAS. Terbaharu, Proton dilaporkan telah mendaftar tanda dagang e.MAS7 sehari selepas pelancaran jenama mereka iaitu pada 13 Jun.
Adakah mungkin ini model pertama bagi e.MAS? Kami percaya bahawa ini bakal menjadi model pertama yang akan dilancarkan pada hujung tahun ini kerana tanda dagang tersebut lengkap dengan tulisan serta logo. Berdasarkan artikel kami sebelum ini, kami telah menjangkakan bahawa model EV pertama mereka bakal berasaskan Geely Galaxy E5 yang juga merupakan sebuah EV.

Kredit Imej : Theophilus Chin | @Theottle
Berdasarkan model-model Geely yang telah dibawa masuk oleh Proton seperti X70 dan S70, kebarangkalian untuk e.MAS7 menjadi nama akhir EV pertama dari Proton adalah sangat tinggi. Satu benda yang sama kita dapat lihat adalah angka 7 yang digunakan bagi setiap model Geely yang telah diperkenalkan di Malaysia.
Apa-apa pun, semua ini hanyalah tekaan kami dan kita masih perlu menunggu pengumuman rasmi dari Proton untuk model pertama mereka pada hujung tahun ini.
Sumber : Amanz
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?