Great Wall Motor (GWM) Malaysia akan menganjurkan sebuah sesi pandu uji off-road bersama model keluaran terbaru mereka iaitu Tank 300 pada 20 dan 21 Julai ini di M4TREC, 4WD Training & Experience Centre, Semenyih. Sesi pandu uji ini terbuka pada orang ramai yang berminat dan ingin merasai sendiri pengalaman memandu SUV off-road mereka.
Untuk makluman, Tank 300 baru sahaja dilancarkan minggu lepas dan berharga RM250,000 (on-the-road tanpa insurans). Diimport sepenuhnya (CBU) dari China, SUV off-road mewah mereka ini ditawarkan dengan 4 jenis warna luaran iaitu Dusk Orange, Fossil Grey, Crystal Black dan Pearl White dengan warna dalamannya hitam. Bagi yang ingin mengetahui spesifikasi penuh Tank 300, boleh klik di sini.
Bagi yang gemar aktiviti lasak dan sukakan cabaran, anda boleh cuba dan hadir ke sesi pandu uji ini! Beberapa halangan akan anda cuba dan lalui dengan GWM Tank 300 seperti Log Bridge, Axle Twister, Ridge Crossing, Log Track, Hill Descent, Hill Climb dan sebagainya.
“Dengan ciri-ciri keselamatan yang menjadi keutamaan GWM, kami ingin orang ramai untuk merasakan sendiri prestasi dan keupayaan sebenar Tank 300 dalam pelbagai situasi dan keadaan jalan. Untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar, kami telah menyediakan tenaga pengajar berpengalaman untuk membimbing para peserta, menghadapi setiap cabaran ‘off- road’ ini dengan penuh yakin,” kata Mike Cui An Qi, Pengarah Urusan GWM Malaysia.
“Ini akan membolehkan mereka untuk mencuba dan menggunakan kesemua ciri-ciri pintar ‘off-road’ bagi menakluki segala jenis permukaan,” tambah beliau.
Selain itu, GWM bakal memberikan hadiah eksklusif bagi peserta yang menyertai pandu uji ini pada hujung minggu ini. Untuk menempah slot sesi pandu uji, boleh RSVP di https://forms.gle/Xi7ZuvMPo9jDJwEW9