passionately driven

Jualan EV di Malaysia Meningkat Untuk Separuh Pertama 2024

Selain jumlah jualan kenderaan baharu dan kedudukan 5 jenama kereta teratas yang telah didedahkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA), jumlah jualan bagi kenderaan elektrik (EV) juga telah dikongsikan.

Menurut data dari MMA, jumlah jualan bagi EV menunjukkan peningkatan yang ketara untuk separuh pertama 2024 iaitu rekod jualan kini telah mencecah 6,617 unit berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lalu iaitu hanya sebanyak 3,117 unit.

Kita dapat lihat daripada rekod jualan yang dikeluarkan bermula pada tahun 2021 dengan pencapaian yang sangat rendah iaitu 278 unit dan meningkat setiap tahun kepada 2,631 unit (2022) dan tahun kemuncak bagi EV, 2023 dengan 10,159 unit berjaya dijual.

Bagi kenderaan hibrid pula, jumlah jualan untuk separuh pertama 2024 mencatatkan sebanyak 15,884 unit. Jika digabungkan bersama jumlah jualan EV, ia mencecah 22,501 unit setakat 6 bulan pertama 2024. Kenderaan hibrid juga menunjukkan peningkatan yang progresif pada setiap tahun iaitu 7,875 unit (2021), 19,988 unit (2022) dan 28,055 unit (2023).

Selari dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan penggunaan EV di Malaysia, stesen pengecasan EV juga makin bertambah dan cukai jalan EV juga telah dikurangkan harga bermula 1 Januari 2026. Dengan kemunculan beberapa jenama EV baru dari China dan juga e.Mas, kami percaya jumlah jualan bagi EV dan kenderaan hibrid akan terus meningkat menjelang akhir tahun ini.

 

Sumber : Paultan

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD