Great Wall Motor (GWM) Malaysia telah melancarkan SUV off-road mewah terbaru mereka ke dalam pasaran Malaysia iaitu Tank 300 yang berharga RM250,000 (on-the-road tanpa insurans).
Tank 300 ini berukuran 4,760 mm panjang, 1,930 mm lebar, 1,903 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,750 mm. Model ini hanya dijual dengan satu varian sahaja dan akan diimport sepenuhnya (CBU) dari China.
Dengan kapasiti enjin petrol turbo 4-silinder 2.0 liter, ia mampu menjana kuasa sehingga 220 Ps dan 380 Nm tork berserta transmisi automatik lapan-kelajuan bersama dual-speed dan sistem pacuan empat-roda (4WD) electronically-controlled part-time.
Selain itu, Tank 300 turut dilengkapi dengan 9 mod pemanduan iaitu Standard (2H), Standard (4H), Salji, Normal, Pasir/Lumpur, Jalan Berlubang, Gunung, Batu dan Expert. Ia juga lengkap dengan sistem all-terrain control, sudut ramp 23.1° dan keupayaan mendaki maksimum melebihi 70% bersama kebolehan mengharungi kedalaman maksimum 700 mm.
Beralih kepada rekaan luaran, model ini hadir dengan lampu LED hadapan yang bergaya, 18 inci roda aloi aluminium, bumper cembung dan paling menyerlah adalah kehadiran tayar ganti yang dipasang di belakang kereta.
Beralih kepada ruang dalaman, ia lengkap dengan kluster instrumen digital 12.3-inci, skrin sesentuh 12.3-inci, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto support, upholstery kulit Nappa, sistem bunyi Infinity bersama sembilan pembesar suara, 64 pilihan warna ambient dan dua lapisan kaca akustik (untuk tambah baik tahap NVH di dalam kabin) serta kerusi belakang yang boleh dilipat rata untuk memberikan ruang penyimpanan barang yang luas.
Tank 300 ditawarkan dengan 4 jenis warna luaran iaitu Dusk Orange, Fossil Grey, Crystal Black dan Pearl White dengan warna dalamannya hitam. Sebagai tanda penghargaan, GWM menawarkan pakej hebat kepada 300 pemilik pertama GWM Tank 300 iaitu:
1. Penyelenggaraan percuma selama 5 tahun/100,000 km (termasuk kos buruh dan alat ganti)
2. Waranti seumur hidup untuk enjin dan transmisi tanpa had perbatuan
3. Kit pengembaraan GWM x Thule yang bernilai RM8,999 (baucar dan beg sandang)
4. Berpeluang menang sebuah percutian pengembaraan ke ChongQing dan ChengDu, China untuk 10 pemenang bertuah
5. Waranti kenderaan tanpa had perbatuan selama 6 tahun
Orang ramai yang berminat untuk menguji prestasi dan kemampuan off-road model ini, boleh berkunjung ke M4TREC, 4WD Training & Experience Centre, Semenyih pada 20 dan 21 Julai ini! Untuk menempah slot sesi pandu uji, boleh RSVP di https://forms.gle/Xi7ZuvMPo9jDJwEW9