Chery Malaysia telah melancarkan pembukaan ruang pamerannya dan pusat servis yang diuruskan sepenuhnya oleh Li Koon Auto Sdn Bhd, rakan pengedarnya di Johor. Dengan penambahan pusat 3S baru ini, telah menunjukkan komitmen dan dedikasi Chery untuk membawa model-modelnya kepada orang ramai merentasi sempadan negeri Johor.
Berkeluasan sebanyak 896 meter persegi, pusat 3S baru ini terletak di No. 5 & No. 6, Jalan Kluang Perdana 1, Taman Kluang Perdana, 86000 Kluang, Johor. Para pelanggan boleh melihat secara dekat kenderaan yang diminati sambil menunggu di ruang menunggu yang selesa semasa kenderaan mereka di pusat servis.
Selain itu, ia turut didatangkan dengan 4 ruang servis yang akan diuruskan oleh juruteknik terlatih Chery bagi memastikan semua kenderaan pelanggan dapat diselenggara dengan baik.
“Matlamat kami adalah untuk berhubung dengan rangkaian pelanggan yang lebih luas, mencapai komuniti yang berkembang maju di Muar, Skudai, Johor Bahru, dan kini Kluang. Pengembangan strategik ini membolehkan lebih ramai pelanggan menikmati kemudahan, kualiti, dan perkhidmatan menyeluruh.
“Misi kami adalah untuk menawarkan kenderaan berkualiti tinggi dan memastikan setiap pelanggan menerima penjagaan dan sokongan terbaik sepanjang perjalanan pemilikan mereka,” kata Pengarah Rangkaian Chery Malaysia, Soon Boon Ping semasa pelancaran cawangan tersebut.
Ruang pameran dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang (Isnin – Ahad) termasuk Cuti Umum manakala pusat servis dibuka dari jam 8 pagi hingga 5.15 petang (Isnin – Jumaat), 8 pagi hingga 12.45 tengahari (Sabtu) dan ditutup pada hari Ahad dan cuti umum.
Setakat ini, 6 ruang pameran dan 5 pusat servis telah beroperasi di Johor oleh Chery, bersama dengan 2 pusat badan dan cat untuk memenuhi kehendak pelanggan di negeri tersebut.